Pada 14 Disember 2013 yang lalu, Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu (DM CT) telah menjalankan satu khidmat masyarakat di Padang Taman Permint Jaya, Chendering, Kuala Terengganu. Program adalah program bersama KRT Permint Jaya dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).
DM CT telah dijemput oleh penganjur untuk menjalankan saringan kesihatan kepada pengunjung program tersebut. Pasukan DM CT diketuai oleh Hj Ahamad Ismail bersama-sama Sister Adibah, Pn Roslina, Pn Faridahani dan Pn Huriah telah menjalankan tugas dengan baik sekali.
Acara saringan kesihatan ini bermula pada 9.00 pagi hingga ke petang. Memandangkan hujan mencurah-curah menimpa kawasan Chendering masa itu, maka banyak aktiviti berjalan secara perlahan.
DM CT telah membuat banyak saringan terhadap pegawai polis dan seperti biasa ramailah yang mencatit glukosa dalam darah yang tinggi termasuk bos-bos polis! Mereka tidak sedar yang mereka juga mempunyai glukosa darah yang tinggi, petanda awal diabetes. DM CT menasihati mereka untuk menjalankan ujian diabetes di hospital dan klinik kesihatan berdekatan bagi membuat pengesahan doktor sama ada mereka bebas diabetes atau sebaliknya.
DM CT akan meneruskan usaha serupa ini demi memberi kesedaran kepada orang awam tentang bahaya diabetes dan komplikasinya.

No comments:
Post a Comment