Friday, November 1, 2013

Kempen Kesedaran Penyakit Cara Hidup Sihat

Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu telah menganjurkan kempen kesedaran penyakit cara hidup sihat pada 28 Oktober, 2013 bertempat di Auditorium Pusat Rawatan Harian.

300 peserta dari pelbagai jabatan telah mengikuti ceramah dari jam 9.00 pagi hingga 1.30 tengahari. Ceramah meliputi diabetes dan komplikasi, penyakit  jantung, senaman dan pemakanan. Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu juga dijemput untuk menghadiri ceramah ini.

Penceramah terdiri dari mereka yang bertauliah dan berpengalaman. Dr Zaiha Harun (pakar nefrologi HSNZ0 memberi ceramah bertajuk "Diabetes: Elak Komplikasi"; Dr Zulkifli Mustapa (pakar perubatan jantung HSNZ) pula berceramah bertajuk "Jantungku Terus Berdenyut".

Dr Zaiha menasihatkan pesakit diabetes agar sentiasa mengawal glukosa darah, kawal tekanan darah (normal) dan kawal cholesterol. Manakala Dr Zulkifli menasihati agar menjaga jantung dan cepat-cepat dapatkan rawatan jika ada tanda-tanda seperti sakit dada.

Selain dari dua doktor ini, 2 penceramah lain yang berceramah tentang senaman dan pemakanan.
Puan Ida Kartini Othman (Ketua Jabatan Fisioterapi HSNZ) memberi ceramah tentang pentingnya senaman dan cara-cara bersenaman manakala Puan Hjh Ramlah Ali (Ketua Jabatan Sajian & Dietetik HSNZ) memberi ceramah tentang pemakanan dan strategi mengurangkan berat badan agar sentiasa mencapai berat unggul.

Kesemuanya sangat baik dalam penyampaian dan mempunyai banyak fakta serta nasihat.



















No comments:

Post a Comment