Jika anda pesakit diabetes, sila baca posting ini. Biasanya pesakit diabetes akan menemui doktor dua atau tiga bulan sekali. Sebelum bertemu doktor, saringan glukosa akan dijalankan. Semasa bertemu doktor, doktor akan meneliti keputusan saringan dan biasanya akan meneruskan memberi ubat-ubatan. Jika glukosa darah tinggi, mungkin diberi dos yang lebih tinggi dan lain-lain. Itulah yang biasa terjadi di hospital masa kini.
Sebagai pesakit, anda hendaklah memastikan anda diperiksa secukupnya bagi mencegah komplikasi akibat diabetes. Komplikasi diabetes ialah mata buta, rosak buah pinggang, serangan jantung, rosak saraf, mati pucuk, kudis kaki dan jika melarat berkemungkinan dipotong (ampute)....Justeru, sebelum tanda-tanda ada pada anda, anda hendaklah mengawal perkara seperti di bawah ini.
Sebagai pesakit, anda hendaklah memastikan anda diperiksa secukupnya bagi mencegah komplikasi akibat diabetes. Komplikasi diabetes ialah mata buta, rosak buah pinggang, serangan jantung, rosak saraf, mati pucuk, kudis kaki dan jika melarat berkemungkinan dipotong (ampute)....Justeru, sebelum tanda-tanda ada pada anda, anda hendaklah mengawal perkara seperti di bawah ini.
- Kawal Tahap Gula Dalam Darah : 8 mmol/l (jika berpuasa); 6 mmol/l (jika puasa); <8mmol/l (2 jam lepas makan); dan HbA1c : <7 %.
- Pastikan Tekanan Darah Anda Normal: 130/30 mmHg (jika tiada albuminuria); 125/75mmHg (jika ada albuminuria)
- Pastikan Cholesterol Rendah: Total <6 mmol/l; LDL <2.6 mmol/l; Triglycerides (TG) <2.3 mmol/l
Indikator ini penting anda tahu. Jika doktor tidak beritahu, anda layak untuk bertanya perkara ini kepada doktor dan catit dalam buku nota anda. Jika tiga perkara tersebut di luar kawalan, padahnya akan menimpa anda.
Setiap kali berjumpa doktor, anda hendaklah memberitahu supaya pihak doktor memeriksa kaki anda dari pelbagai aspek (ada kebas ke, ada merekah ke dan lain-lain lain). Ini penting kerana pesakit diabetes yang lama mengidapi akan mengalami perkara ini jika tidak diteliti. Kementerian Kesihatan Malaysia ada menyediakan garispanduan pemeriksaan kaki pesakit diabetes oleh para medik di hospital kerajaan.
Pastikan anda melakukan pemeriksaan darah setiap 4-6 bulan untuk pelbagai analisis seperti creatinine, uric acid, cholesterol, albumin, triglycerides dan lain-lain lagi. Keputusan analisis darah ini antara lain dapat memberi petanda terhadap status kesihatan anda.
Jika semua ini dilakukan dan didapat semuanya ok, jangan leka. Anda hendaklah sentiasa mengawal tahap Gula Dalam Darah, pastikan tekanan darah normal dan cholesterol rendah dengan mengawal makanan yang diambil, makan ubat-ubatan diarah oleh doktor, sentiasa melakukan senaman dan elakkan dari stres berpanjangan. Status kesihatan akan berubah dari suatu masa ke suatu masa yang lain sama ada stabil, meningkat atau menurun. Justeru, anda hendaklah sentiasa berusaha agar sentiasa sihat.
Makanlah sayuran hijau mentah seperti salad, timun, ulam-ulam pahit dan kelat; kurangkan makanan bergoreng; makan makanan berserat, elak minum minuman bergula (minum air kosong saja); makan buah-buah mengikut sukatan; jangan makan banyak; makan makanan yang mempunyai "low calorie"; lakukan senaman setiap hari (untuk membakar tenaga dan juga untuk menguruskan badan supaya dapat berat yang unggul); berpuasa (dapat menurunkan glukosa dalam darah, tetapi jangan makan banyak selepas berbuka puasa); jaga kaki supaya tidak luka atau berkudis; dan jaga kesihatan. Jika anda mempunyai satu atau lebih dari tanda-tanda seperti pening, mahu pitam, sesak di dada seperti dihempap atau ditindih dan kurang selesa, sakit gigi kronik, kudis pada kaki, kebas-kebas, mata kelabu cepat-cepat dapatkan rawatan segera. Jangan melengah-lengahkan rawatan.
Jika ubat-ubatan yang diberikan dan dosnya memberi kesan negatif kepada anda, cepat beritahu doktor berkenaan dan dapatkan rawatan segera.
Ramai pesakit diabetes yang ditemui berpendapat hanya dengan makan ubat-ubatan/ambil insulin, penyakit mereka dapat dikawal atau akan sembuh. Tetapi mereka lupa untuk mengawal pemakanan dan bersenam. Akhirnya penyakitnya bertambah teruk. Justeru, ambil ubat-ubatan seperti disyorkan doktor, kawal pemakanan anda dan sentiasa bersenam. Insya Allah, penyakit anda akan dapat dikawal.
INGAT, anda bertanggungjawab atas kesihatan anda.
No comments:
Post a Comment