Thursday, October 29, 2015

Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2015 di Terengganu

Hari Diabetes Sedunia disambut oleh 160 negara di seluruh dunia termasuk Malaysia. Kepentingan sambutan ini ialah untuk memberi kesedaran tentang diabetes dan komplikasi agar perkara negatif berkait dengan diabetes dapat dihindarkan. Ianya disambut pada 14 November setiap tahun.

Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh International Diabetes Federation (IDF) yang berpengkalan di Brussels, pada tahun 2014 sahaja, seramai 400 juta menghidap diabetes jenis 2, melibatkan 5 juta kematian  dan kos rawatan melebihi USD600 billion.  Dijangka penghidap diabetes akan bertambah ke 600 juta orang pada tahun 2035.

Ini bermakna pertambahan 200 juta penghidap diabetes dalam masa 20 tahun akan datang. Ini menunjukkan trend yang kurang baik. Trend peningkatan pesakit diabetes seperti ini juga berlaku  di Malaysia. Untuk makluman dan perbandingan, Malaysia mempunyai 3.5 juta pesakit diabetes (16.1% dari jumlah penduduknya). Peratusan ini sangat tinggi berbanding dengan negara negara di  Asia Timur. Sebagai contoh, walaupun China mempunyai 96 juta pesakit tetapi ini merupakan 9.2% dari penduduknya.Begitu India, ia mempunyai 66 juta pesakit tetapi ia merupakan 8.6% daripada jumlah penduduknya. Malaysia telah menunjukkan peratusan yang tinggi.

Justeru, langkah pencegahan dan rawatan hendaklah dibuat dengan sebaik-baiknya dengan mengamalkan gaya hidup sihat iaitu makanan sihat dan senaman. Ini bermakna, pesakit hendaklah mengawal pemakanan iaitu makan makanan yang sihat sahaja dengan porsi yang betul atau sesuai dengan keperluan diri. Bagi yang belum menghidap juga, mereka hendaklah mengamalkan makanan sihat dan gaya hidup aktif.

Secara amnya, bagi menangani diabetes,  gaya hidup sihat hendaklah dipromosikan, menghad pengambilan kalori, meningkat aktiviti fizikal dan jika berkaitan, tukar komposisi diet. Ini juga bermakna profesion dietitian dan nutritionist, hendaklah digembeling untuk membantu memberi penerangan dan kesedaran terhadap pemakanan kepada masyarakat. Begitu juga celebrity chef dan media masa hendaklah turun padang memberi promosi makan sihat dan rendah kalori.

Sementara itu, kempen-kempen hendaklah dilakukan seperti kempen pemakanan sihat oleh pelbagai agensi, kempen kuruskan badan oleh badan-badan tertentu, menghadkan lesen kedai makan 24 jam kepada restoran tertentu sahaja oleh majlis bandaran (bagi mengelakkan makan di luar waktu), menggalakkan restoran dan kafetaria menukar cara masakan makanan dan beraleh kepada makanan bakar atau "bake in oven", singgang, kukus serta kurangkan atau hadkan menu bergoreng, serta menggalak masyarakat bersukan riadah bersama keluarga dengan mengurangkan fee di gymnasium, kolam renang, boling dan sebagainya.

Berbalik kepada tarikh sambutan, walaupun tarikhnya 14 November, tetapi tarikh sambutannya agak bebas. Di Terengganu, DMCT kali ini telah menyambut Hari Diabetes Sedunia pada 26 Oktober 2015 (awal sedikit dari yang lain) dengan kerjasama pihak Jabatan Kerja Raya, staf Hospital Sultanah Nur Zahirah dan Universiti UCSI, Marang. Saringan kesihatan diberi kepada 120 peserta yang hadir.


Majlis telah diadakan di Depot JKR Chendering, Kuala Terengganu  dari pagi hingga petang. Ia bermula di sebelah pagi, yang mana semua peserta disaring tekanan darah, glukosa darah dan Mass Body Index, seterusnya  taklimat diberikan mengenai kepentingan makanan sihat , kepentingan senaman secara regular, perkongsian apa itu diabetes dan komplikasi, jom kurus, pergerakan yang dapat turunkan berat badan dan sebagainya.

Berikut sebahagian gambar gambar yang sempat dirakamkan.

Beratur untuk saringan kesihatan

Saringan kesihatan oleh petugas

Sebahagian dari petugas yang terdiri dari DMCT staff yang juga bertugas dari hospital sultanah nur zahirah dan  Universiti UCSI, Marang.

Petugas dari JKR Pn Norizan dan Pn Rozita.

Peserta seronok mendengar ceramah

Pemeriksaan kesihatan 

Ceramah Kepentingan Senaman (Pn Ida Kartini  Othman, ahli fisioterapi ) dan Kepentingan Menjaga Pemakanan (Wan Hassan)

Acara senaman diadakan
Ceramah Diabetes dan komplikasi dan pengalaman pesakit oleh Hj Wan Md Adnan (Pengerusi DMCT)
Ceramah Pemakanan (Jom Kurus) oleh Dietitian (Ms Lua Lee Yein)
Berakhirlah sambutan hari diabetes sedunia dengan pekikan yeahhhhh.....

Kami dapati 10% dari mereka mempunyai berat badan berlebihan (obes). Walaupun ramai yang tidak mempunyai diabetes, namun ramai yang mengalami tekanan darah tinggi yang akan membawa kepada penyakit diabetes suatu masa kelak. Kami menasihatkan mereka segera ke klinik kesihatan bagi mendapat pengesahan dan rawatan.

Program sehari ini telah berjaya menerapkan kepentingan menjaga kesihatan ke atas diri masing-masing. Dari wajah mereka, mereka kelihatan ceria mendengar taklimat atau penerangan kami. Mereka ikut arahan kami apabila diarah berdiri semasa mereka kelihatan mengantuk atau tidak fokus.Program diselangseli dengan quiz dan hadiah. Ini yang menjadi mereka sentiasa bersiap sedia untuk ditanya. Apabila bergambar beramai-ramai diakhir program, mereka semua tanpa diarah telah berteriak yeayyyy menandakan  mereka berpuashati dengan program ini.Ini adalah satu maklumbalas kepada majikannya supaya diadakan program seperti ini tahun-tahun mendatang sebagai program wajib. Ini juga bermakna, peruntukan khas hendaklah disediakan.

Program ini dikendalikan oleh certified trainer, Hj. Wan Hassan Wan Ismail, penulis buku "Memahami Diabetes- panduan mengurus diabetes,tip dan kehidupan yang lebih sihat",  yang juga setiausaha DMCT.

Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu (DMCT) ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memberi kesedaran kesihatan kepada semua peserta. Moga usaha kecil DMCT ini diharapkan bukan saja dapat membantu peserta-peserta ini tetapi juga membantu meringankan beban para doktor dan pakar kesihatan di pusat pusat kesihatan dan hospital dalam menangani pelbagai masalah kesihatan di kalangan rakyat Malaysia.

Kepada peserta-peserta ini, DMCT  berharap mereka ini dapat mengubah gaya hidup mereka ke gaya hidup sihat dan aktif dengan menjaga pemakanan dan sentiasa bersenam. Sesungguhnya tindakan susulan yang positif bergantung kepada kesungguhan, mind set dan sikap mereka. Kami berdoa agar Allah swt memberi kekuatan kepada mereka, agar dapat menjalani gaya hidup sihat dan aktif. Aameen.

Akhirkata, kami ingin merakamkan rasa terima kasih kami kepada pejabat Jurutera JKR Daerah Kuala Terengganu kerana memberi kepercayaan kepada kami melaksanakan program ini untuk kali kedua; Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu kerana melepaskan beberapa staffnya (juga ahli DMCT) untuk memberi ceramah diet, senaman serta menjalankan saringan kesihatan (sebenarnya Pengarah HSNZ tidak pernah menolak permintaan kami untuk melepaskan stafnya untuk program yang baik ini). Terima kasih  juga kepada Matron Aini dari UCSI dan pelajar-pelajar perubatannya yang datang membantu dan memeriahkan lagi saringan kesihatan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih ditujukan kepada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan barisan AJK yang memberi sokongan padu dalam menjayakan program ini.





Saturday, October 3, 2015

Saringan Kesihatan Sempena Hari Keluarga JKKK Melintang, Kuala Terengganu

Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu sekali lagi memberi khidmat masyarakatnya dengan membuka meja untuk menjalankan saringan  kesihatan kepada penduduk penduduk JKKK Melintang, Kuala Terengganu.

Ianya dilaksanakan pada 3 Oktober 2015 (sabtu) di Kg Melintang (bersebelahan Kg Kubang Parit) dari pukul 8.30 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Saringan telah dijalankan kepada >60 peserta  yang menghadiri majlis Hari Keluarga JKKK Melintang.

Terdapat  beberapa peserta yang disaringkan telah menunjukkan mereka mempunyai simptom diabetes dan tekanan darah tinggi. Kepada mereka DMCT menasihatkan mereka supaya segera ke klinik kesihatan berdekatan untuk membuat saringan selanjutnya.

DMCT mengucapkan syabas kepada semua AJK yang bertugas di dalam menjayakan aktiviti ini. Terima kasih kepada Pengerusi DMCT, Hj Wan Md Adnan yang juga hadir di majlis ini. AJK terlibat diketuai oleh Hj Ahamad Ismail, Pn Zaimah Jusoh, Hjh Fatimah Ismail, Pn Roslina dan Wan Hassan.

Berikut gambar gambar saringan.

Saringan kesihatan

Di antara AJK Diabetes Malaysia CT yang bertugas

Lawatan ke Hat Yai

Pemberitahuan:

Ahli ahli DMCT semua. Bilangan peserta ke Hat Yai mencapai target. Ada beberapa tempat (seat) sahaja lagi. Siapa cepat dia dapat. Jika ianya penuh sebelum tarikh tutup pada 14 Oktober 2015, ini bermakna sesiapa yang berhajat tu kena tunggu trip akan datang.

Sekian.

Drp Urus setia Lawatan.

Sunday, September 20, 2015

Program Lawatan Ke Hatyai.

Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu akan mengadakan lawatan 3 hari 2 malam ke Hat Yai, Songkla, Pattani dan Sg Golok pada malam jumaat 26 Nov, 27-29 November 2015.

Kami mengalu-alukan penyertaan tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Bulan ini juga cuti sekolah. Maka ibu bapa bolehlah bergerak sedikit untuk memberi keseronokan kepada mereka.

Jadual Lawatan

11.45 malam   (26 Nov 2015) Semua peserta berkumpul di depan Klinik Rawatan Harian, Hospital                                                     Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

12.30 malam (27 Nov 2015). Bertolak ke Rantau Panjang, Kelantan.
5.00   pagi                              Subuh di Masjid Being, Rantau Panjang, Kelantan.
7.30   pagi                              Sarapan di Restoran di Rantau Panjang.

8.30  pagi                               Urusan Passport di Imigresen Malaysia-Thailand.
9.30  pagi                               Bertolak ke Hat Yai melalui Sg Golok , Narathiwat, Pattani dan Hat                                                      Yai.
2.00  petang                           Tiba di Hat Yai.
2.30  petang                           Makan Tengah hari.
3.30  petang                           Check-in di Hotel di pusat bandar.
5.00 petang                            Lawatan ke Klong Hae Floating Market di Hat Yai. Boleh melihat                                                        orang Islam menjual makanan halal di atas perahu. Boleh cuba makanan                                                di sini kerana ianya dikawal harga dan murah.
8.00 malam                            Balik ke pusat bandar untuk makan malam jika ada lagi yang lapar.
9.00 malam                            Acara bebas bermalam di hotel.

8.00 pagi (28 Nov 2015)       Sarapan. Boleh makan pelbagai makanan asalkan jangan membazir.
10.00 pagi                             Lawatan ke Pantai Samila, Songkla. Pantai yang menarik. Mempunyai                                                   arca Ikan Duyung dan banyak gerai jual ole-oleh untuk pelancung.
1.00 tengahari                       Makan tengah hari di restoren.
2.00 petang                           Membeli belah di Hat Yai. Barang kulit spt bag, tas tangan, tali pinggang                                               dan sebagainya.

5.00 petang                           Balik ke hotel dan rihat.
7.00 malam.                          Makan Malam di restoren
9.00 malam                           Acara bebas.

8.00 pagi (29 Nov 2015)      Sarapan di restoran
9.00 pagi                               Membeli belah
10.30 pagi                            Check out hotel
11.00 pagi                            Berangkat pulang ke Terengganu
2.00 petang                           Lawatan ke Masjid Kerisek, Petani.
                                              Makan Tengah hari di Yinggo, Narathiwat dan solat.
4.00 petang                           Membeli buah buahan  di pekan Sungai Golok.
5.00 petang                           Urusan paspot di sempadan Thailand-Malaysia
6.00 petang                           Meneruskan perjalanan balik ke Kuala Terengganu
9.00 malam                          Dijangka tiba di Kuala Terengganu.


Harga pakej RM 460.00 seorang (berkongsi bilik) termasuk makan-minum, penginapan, insuran dan pengangkutan. Tempat amat terhad.

Siapa yang berminat sila hubungan setiausaha. Tarikh tutup  penyertaan 15 Oktober 2015.
Dokumen yang diperlukan ialah sesalinan pasport antarabangsa yang sah laku (sekurang-kurang 6 bulan dari tempoh tamat).

Yang berminat hendaklah membayar dan mengemukakan salinan paspot kepada setiausaha Persatuan.



Penjualan di atas perahu di Klong Hai, Hat Yai

Makanan Halal dijual dengan harga kawalan, antara 2-5 ringgit sahaja.


Thursday, August 13, 2015

Kem Diabetes HSNZ

DMCT telah dipelawa untuk menyertai Kem Diabetes anjuran Pusat Sumber Diabetes, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. DMCT telah diwakili oleh setiausahanya dan bertindak sebagai salah seorang dari penceramah jemputan berkongsi bagaimana mengurus penyakit  diabetes.

Kem ini diadakan khas kepada anggota atau staf yang mengidap diabetes. Jumlah peserta ialah 32 orang sahaja. Kem ini diadakan selama dua hari satu malam di Merang Suria Resort, Merang, Terengganu pada 12 dan 13 Ogos 2015.

Hari Pertama dimulakan dengan pendaftaran dan saringan glukosa darah, BMI, analisis lemak dan sebagainya.

Ucapan aluan diberikan oleh Dr Azriana Nurfizan, pakar perubatan HSNZ yang juga merupakan penyelaras Pusat Sumber Diabetes.

Berikut adalah ringkasan aturcara:

11.00 -11.30 Pengalaman Pesakit Diabetes oleh Wan Hassan Wan Ismail, Setiausaha, Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu

11.30-12.30  Tazkirah Kesihatan : Penjagaan Kesihatan Menurut Perspektif Islam oleh Ustaz Hairuddin Othman.

14.30-15.00 Apakah Diabetes dan sejauh mana Pemahaman Anda oleh Dr Syuhada Dan, Pakar perubatan.

15.00-15.30  Senaman dan Diabetes oleh Ida Kartini Othman, Fisioterapis
15.30-17.00  Saringan kesihatan

17.30-18.30  Sukaneka            
20.15-8.40    Sayangi Kaki Anda oleh Dr Ahmad Tajuddin Abdullah, Pakar Orthopedik
8.40-10.00    Forum Diabetes : Moderator: Dr Mohd Noor Ismail
                   Panel: Dr Syuhada Dan, Dr Nor Hiqrayati (optalmologis), Dr Ahmad Tajudin.
10.00           Saringan Glukosa Darah

Hari Kedua

6.30             Pemeriksaan Glukosa Darah
6.45-7.30      Senaman Pagi

8.45-10.00  Pemakanan Diabetes oleh Puan Ramlah Ali, Dietitian
10.00-10.30 Saringan Glukosa Darah
10.30-11.15 Hargai Anugerah Tuhan iaitu Penglihatan oleh Dr Nor Hiqrayati
11.15-12.00 Kaedah Yang Betul Dalam Pengambilan Ubat oleh Puan Ida Afdzan, Pegawai Farmasi
12.00          Penilaian Kursus


Berikut adalah gambar gambar program tersebut.

Setiausaha DMCT  berkata sesuatu kepada Penganjur


Dr Firdaus bertindak sebagai Pengacara Majlis

Dr Ahmad Tajudin memberi taklimat mengenai penjagaan kaki

Ucapan Aluan oleh Dr Azriana

Setiausaha DMCT berkongsi pengalaman

Ahli Panel Forum

Senaman Pagi

Puan Ida Afdzan memberi panduan mengambil ubat





Sunday, May 24, 2015

Seminar Pengurusan Diabetes@Kem Diabetes 2015

Seminar Pengurusan Diabetes@Kem Diabetes 2015 kelolaan Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu telah dadakan seperti dijadualkan pada 22-24 Mei 2015 bertempat di Motel Desa, Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu. Seminar ini dihadiri oleh 30 peserta.

Tujuan ianya diadakan ialah bagi berkongsi maklumat mengenai pengurusan diabetes. Ia bermula pada petang jumaat dan syarahan pertama  di malamnya. Keesokan hari ialah bermula dengan senaman, dan seterusnya syarahan hingga ke petang manakala pada malamnya diadakan bengkel insulin dan pemantauan glukosa, diet dan pengambilan ubat.

Di antara penceramah yang memberi syarahan dan tunjuk ajar adalah  seperti berikut:

  1. Dr Zaiha bt Harun (Pakar Buah Pinggang)
  2. Hjh Ramlah bt Ali (Pakar Pemakanan)
  3. Dr Wan Mohd Razin Wan Hassan (Pensyarah Unisza)
  4. Kartini Abd Karim (Pakar Pemakanan)
  5. Hjh Hamidah Mustopha (fisioterapis)
  6. Dr Ahmad Tajuddin Abdullah (ortopedik)
  7. Dr Khairul Azmi (Saraf)
  8. Dr Shuhada Dan (Diabetes dan Ramadan)
  9. Dr Nor Anita (Mata)
  10. Ida Afdzan bt Rozalli (pegawai farmasi)
  11. Adebah Idris (penjagaan kaki)
Peserta didedahkan dengan subjek  diabetes, pemakanan sihat dan cara mengira kalori di dalam makanan mereka serta jenis jenis komplikasi seperti mata, kerosakan saraf, kepentingan bersenam dan cara menggunakan ubat ubatan.

Cik Nurul Hidayah (dietitian) dari Klinik Kesihatan telah menjadi resident dietitian untuk 3 hari di dalam membantu pihak Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu di dalam penyediaan labelling kalori setiap hidangan yang disediakan sepanjang seminar diadakan..

Seminar ini telah berjaya kerana ianya mencapai target.

Seminar ini juga telah memberi hadiah kepada 3 kategori pemenang:
  1. Kumpulan 3 kerana persembahan berkumpulan dengan setiap ahli team diberi sebuah buku Memahami Diabetes
  2. Mohd Yusof bin Omar kerana berjaya memaparkan glukosa darah yang baik semasa berseminar dan
  3. Mohd Shukri Abd Rahman kerana paling aktif dalam seminar, banyak soalan dan pertanyaan yang baik.
Mohd Yusof dan Mohd Shukri dihadiahkan susu Nutrien Diabetik (meal replacement) setin seorang.

Bersama -sama laporan ini disertakan gambar-gambar yang sempat diambil.


Bersama peserta dan penceramah

Pengerusi menghadiakan buku Memahami Diabetes kepada Dr Nor Anita (pakar mata)
Bersama peserta dan penceramah
Dr Wan Md Razin .....kawalan diabetes....
Kumpulan Pemenang Persembahan Berkumpulan dengan sketsa "hipoglasemia"
Hjh Hamidah, " selalulah bersenamam, banyak kebaikannya...."

Setiap menu semasa kem ini dilabel oleh resident dietitian, Nurl Hidayah.
Ida Afzan, "berwaspada dengan ubat ubatan ..."
Hjh Ramlah, "jaga porsi dan cara masakan anda.."

Kartini, "kiralah kalori keperluan anda.."
Demonstrasi pemeriksaan kaki secara manual adalah  agenda tetap kursus ini.
Menu dan kalori.
Dr Ahmad Tajudin, "jaga kaki anda."
Peserta asyik mendengar penerangan.
Dr Syuhada Dan, "berhati-hati dalam bulan Ramadan. Pesakit boleh mengalami hipoglisemia."

Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penceramah yang terdiri daripada doktor-doktor pakar, pegawai-pegawai dietetek (dietitian), pegawai farmasi, fisioterapis, kumpulan saringan kesihatan serta semua AJK DMCT kerana sudi menjayakan program ini.

Kepada semua peserta, DMCT berharap dengan maklumat dan ilmu yang dikongsi bersama ini dapat membantu meningkatkan pengurusan diabetes di kalangan pesakit dan masyarakat serta dapat menambahkan kesedaran terhadap betapa penting pencegahan dilakukan agar komplikasi dapat dielakkan.

Usaha memberi kesedaran seperti ini akan diteruskan di dalam aktiviti yang akan datang.

Saturday, May 9, 2015

Lawatan DM Cawangan Sungai Buluh ke DM Terengganu

Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu telah menerima kunjungan dari Cawangan Sungai Buluh, Selangor pada 9 Mei 2015 jam 9.00 pagi.

Rombongan DM Sungai Buluh berjumlah 42 orang diketuai oleh Dato Hajah Rahimah bt Ahmad        (yang juga  Setiausaha Agung Kehormat Diabetes Malaysia).

Rombongan disambut oleh Pengerusi DM Cawangan Terengganu, Hj Wan Md Adnan Wan Ismail, Hajah Ramlah bt Ali (AJK), Haji Ahamad Ismail (Bendahari) dan Wan Hassan Wan Ismail (setiausaha).

Rombongan diberi taklimat mengenai aktiviti cawangan Terengganu 2014 dan 2015 oleh Setiausaha agar dapat sama sama berkongsi pengalaman antara dua cawangan di dalam memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai diabetes.

Untuk tahun 2015, Cawangan Terengganu telah mengadakan mesyuarat agung tahunan, 3 ceramah, 3 saringan kesihatan dan kem diabetes (22-24 Mei 2015).

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakamkan.

Mencari tempat duduk

Ahli rombongan memasuki pejabat DM Cawangan Terengganu

Perbincangan sementara taklimat dimulakan

Ruang tempat taklimat dipenuhi tetamu

Setiausaha memberi taklimat

Para tetamu berkongsi pendapat semasa Q&A.

Bertukar cenderahati

Dato Rahimah menghadiah DM Terengganu  dengan satu kota buku doa dan key chain DM.
Otograf buku Memahami Diabetes oleh Pengarangnya

Wan Hassan bergambar dengan En Rahmat Ali dari DM Sg Buluh.

Dato Hjh Rahimah menyampaikan banner lawatan kepada pengerusi DM Terengganu
Bergambar dengan rombongan 
DM Cawangan Terengganu merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang berbahagia Dato Rahimah dan rombongan kerana sudi mengunjungi pejabat DM Terengganu dan mendapatkan taklimat.