Monday, November 1, 2021

 MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2021 DIABETES MALAYSIA CAWANGAN NEGERI TERENGGANU


Pada 30 Oktober 2021 (Sabtu), mesyuarat agung tahunan telah diadakan secara fizikal dan maya seperti yang telah diwar-warkan sebelum ini melalui notis panggilan mesyuarat. Mesyuarat fizikal berlangsung di Rumah Persatuan Kayak Negeri Terengganu, Kuala Ibai (bersebelahan dengan Qurata Riverside Resort) pada pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang dengan kehadiran yang menggalakkan.

Mesyuarat dipengerusi oleh Hj Wan Md Adnan bin Wan Ismail bermula dengan mengucapkan selamat datang kepada semua yang hadir dan kepada yang melalui google meet. Meyuarat kali ini agak lewat kerana pandemik Covid 19 dan kini keadaannya agak terkawal dan membolehkan persatuan mengadakan mesyuarat secara fizikal dengan mematuhi semua SOP yang ditetapkan.

Agenda mesyuarat ialah kata kata aluan pengerusi dan pengesahan minit mesyuarat agung yang lalu. Ia diikuti oleh laporan setiausaha dan laporan bendahari dan lain-lain. Tiada bantahan atau keraguan dan kesemuanya diluluskan.

Di dalam mesyuarat kali ini telah diadakan pemilihan ahli jawatankuasa sesi 2021-2023 dan berikut ahli yang dilantik menjadi ahli jawatankuasa bagi sesi 2021/2023:

Pengerusi : Hj Wan Md Adnan bin Wan Ismail

Timbalan Pengerusi: Puan Ramlah binti Ali

Setiausaha: Puan Norul Hidayah binti Othman

Timbalan Setiausaha: Puan Adebah binti Idris

Bendahari: Puan Asyurahmah binti Abdul Rahman

AJK (wakil Orang Awam)

Latifah Abdullah

Dzulkafli Abas

Salmah Yatim

Wan Hassan bin Wan Ismail

Zaimah binti Jusoh

AJK (wakli kakitangan kesihatan)

Dr Zaiha binti Harun

Wan Laleyati Wan Kamaruddin

Roslina Che Man

Salmani Idris

Saifullah bin Osman

JuruAudit

Muhamad bin Daimin

Suzolkiflyi bin Yusof


Berikut adalah gambar gambar terpilih berkaitan dengan aktivi mesyuarat.












Thursday, October 14, 2021

 Pemakluman Mesyuarat Agung Tahunan 2021

Berikut adalah pemakluman Mesyuarat Agung Tahunan DMCT 2021 yang dikeluarkan oleh Setiausaha pada 10 Oktober 2021.

NOTIS MESYUARAT AGUNG DIABETES MALAYSIA CAWANGAN NEGERI TERENGGANU

2. Dengan segala hormatnya bahawa dimaklumkan Diabetes Malaysia Cawangan Negeri Terengganu (DMCNT) akan mengadakan Mesyuarat Agung Diabetes Malaysia Cawangan Negeri Terengganu pada :

 Tarikh: 30 hb Oktober 2021 (Sabtu)

  Masa: 2.30-4.30 petang

  Tempat: kediaman sendiri atau hadir sendiri di Rumah Persatuan Kenu (Kayak), Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

  Platform: Google meet


3. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:

a) Perutusan Pengerusi

b) Pengesahan minit mesyuarat

c) Laporan Setiausaha

d) Laporan Bendahari

e) Perkara berbangkit

f) Hal hal lain

g) Pelantikan  AJK baru sesi 2021/2023

h) Penutup


4. Sehubungan itu. semua ahli Diabetes Malaysia  Cawangan Negeri Terengganu dijemput untuk menghadiri mesyuarat.

Segala sokongan, perhatian dan kerjasama tuan/puan amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.


Sekian, terima kasih.

Yang benar,

NURUL HIDAYAH BINTI OTHMAN

Setiausaha

s.k. Pengerusi

Sunday, July 4, 2021

 Sejarah Persatuan Diabetes Terengganu

Diabetes Malaysia adalah sebuah persatuan ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1981 dan didaftarkan mengikut Akta Pertubuhan 1966 pada tahun 1983 dengan nama Persatuan Diabetes Malaysia (PDM). Namun Cawangan Terengganu telah didaftarkan pada 22 Ogos 1994, selepas 11 tahun tertubuhnya PDM di peringkat pusat.

Nama persatuan ini telah ditukar kepada Diabetes Malaysia (DM) pada tahun 2013 setelah pihak International Diabetes Federation yang berpangkalan di Belgium telah mempopular nama ini untuk diterima pakai oleh persatuan  diabetes di seluruh dunia. 

Persatuan bukan kerajaan ini bertujuan untuk memberi maklumat dan pendidikan  kepada orang ramai mengenai diabetes. Persatuan ini bergerak dengan memberi taklimat, membuat health screening, kursus, bengkel, pameran dan sebagainya bagi memberi kesedaran kepada orang ramai betapa bahayanya penyakit ini. 

Sejak ditubuhkan di Terengganu, persatuan ini mempunyai ahli yang kebanyakannya terdiri dari warga hospital dan klinik kesihatan. Sebahagiannya telah membantu aktiviti persatuan ini di dalam membuat health screening. Jika dikumpulkan bilangan ahli persatuan, ia telah mencecah 2,000 ahli tetapi mereka tidak mengaktifkan keahliannya setiap tahun. Justeru, nama mereka akan tercicir dari daftar persatuan. Nama ahli diuruskan oleh ibu  pejabat di Petaling Jaya dan hanya boleh diakses oleh mereka yang diberi tugas untuk mendaftar keahlian. Keahlian seumur hidup hanya bayar sekali sahaja dan tidak perlu dibayar setiap tahun.

Diabetes Terengganu telah diterajui oleh pegawai perubatan, pesara kerajaan dan dibantu oleh mereka yang berminat. 

Berikut adalah Pengerusi Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu:

1. Dato  Dr Tan Mong Hin (1995-1998)

2. Dr Suryati bt Adnan (1998-1999)

3. Dato Dr Abdul Razak Muttalif (1999/2000)

4. Dr Suryati bt Adnan (2000/2005)

5. Dr Fauzan bt Ghazali (2005/2010)

6. Dr Zaiha bt Harun (2010/2012)

7. Wan Md Adnan Wan Ismail (2012-kini)

Dengan kewangan terhad, DMCT mampu menggerakkan aktivitinya dengan baik seperti mengadakan health screening orang awam dan mengadakan seminar atau kursus berkait dengan pemakanan, senaman, risiko dan komplikasi diabetes. Persatuan juga mendapat kerjasama yang baik dari hospital dan klinik kesihatan dalam menjalankan aktivitinya. Sambutan Hari Diabetes Sedunia disambut setiap November setiap tahun. Persatuan mendapat kerjasama dari Radio Malaysia Terengganu dan Manis FM di dalam memberi sebaran maklumat mengenai diabetes melalui radio. Persatuan juga juga mendapat kerjasama dari doktor doktor pakar, pakar pemakanan, fisioterapis dan ahli farmasi yang dijemput untuk memberi syarahan kepada peserta bengkel yang persatuan adakan dari masa ke semasa.

Akhir sekali, adalah diharapkan persatuan ini dapat meneruskan aktivitinya dengan berkesan dari masa ke semasa.