Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu (DMCT) telah menganjurkan kursus tahunan@kem diabetes pada 1-2 Oktober 2016 di Scout Inn Hotel di Teluk Ketapang, Kuala Nerus, Terengganu. Ianya dihadiri oleh 40 orang peserta yang datang dari Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Kuantan.
Peserta peserta terdiri dari staf Hospital Sultanah Nur Zahirah KT (dari pelbagai wad), Kuantan Medical Centre , Kota Bharu Medical Centre dan urus setia.
Kursus ini julung-julung kali dianjur untuk zon timur.
Kursus ini telah berjaya memberi maklumat berguna mengenai pengurusan penyakit diabetes kepada semua peserta yang hadir. Peserta juga berjaya menamatkan kursus dengan mengambil ujian (pre-test) dan persembahan berkumpulan,
Di sampimg mendapat input daripada pakar-pakar mengenai diabetes dan komplikasi, kursus ini telah menampilkan beberapa topik lain seperti pemakanan, penjagaan kaki, penjagaan mata, senaman untuk mereka yang tidak berdaya, tip pengambilan ubat dan pengurusan luka.
Kursus dua hari ini jelas telah membuka minda peserta tentang betapa pentingnya penyakit ini dipantau dengan rapi bagi mengelak komplikasi jangka panjang.
DMCT mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan kursus ini. Kesemua peserta diberi Sijil Kehadiran. Sijil ini boleh digunakan untuk mendapat CPD points bagi yang sedang berkhidmat.
Kursus diurus oleh Wan Hassan Wan Ismail, a Certified Trainer (MIM-HRDF).
Berikut adalah gambar yang sempat dirakam.
|
Peserta kursus dan Urus setia kursus |
|
Dr Yoges, pegawai endocrinologis sedang memberi syarahan |
|
Dr Yoges, Dr Zaiha, Hj Wan Md Adnan |
|
Persembahan Berkumpulan |
|
Saifullah, Dietitian |
|
Puan Arsyurahmah , Dietitian |
|
Dr Suzannah, perunding orthopedik |
|
Dr Nor Anita, pakar mata |
|
Hajah hamidah, fisioterapis |
|
Senaman Santai |
|
Puan Ramlah menunjukkan Pinggan Sihat. |
|
Puan Adebah dan Foot Care and Wound Management |
|
Amalina, pegawai farmasi |
|
Persembahan Berkumpulan adalah aturcara tetap kursus ini |
|
Makanan yang dibuat calori tagging |
|
Wan Hassan, Wan Md Adnan, Dr Yoges dan seorang peserta di Dewan Makan.. |
|
Popia Basah disaji untuk minum petang. |
|
Peserta seronok memahami syarahan |
|
Setiausaha (berdiri) sedang menyusun borang maklum balas dari peserta. |
No comments:
Post a Comment