Monday, January 26, 2015

Biji Chia Mampu Merawat Diabetes?

Semalam saya telah dibekalkan sebuah newsletter penerbitan Diabetic Society of Singapore (issue 51 Oct-Dec 2014). Satu dari artikel  yang terdapat dalam penerbitan ialah "Why the craze over chia seeds? "  dan pengakuan seorang pesakit diabetes yang telah  menggunakan biji chia ini.

Biji chia ini direndam dalam air dan ia akan mengembang. Bentuknya macam biji selasih tetapi ia bukan selasih. Pernah menjadi makanan ruji oleh penduduk Incan, Mayan dan Aztec, ia dikatakan dapat membantu penghidap diabetes dalam mengurangkan glukosa darah, mempunyai mineral seperti kalsium, magnesium, phosperus dan protein. Ia boleh dijadikan minuman bertenaga.

Seorang pesakit diabetes Yoki Wong telah berkongsi pengalamannya setelah mengambil biji chia ini setiap hari. Dia dapati biji ini membantu mengurangkan berat badannya 5-6 kg tanpa berdiet, kulit jadi tegang, mata menjadi terang, pundi kencing bertambah kuat, rambut gugur berkurangan, penurunan glukosa darah yang memberansangkan.

" I started taking chia on a daily basis four months ago and, as they say,'the proof of the pudding is in eating'.I can truly understand now why this unassuming little seed has been the staple food of the ancient Incan, Mayan and Aztec civilisation."

"every minute seed is loaded with fibre,omega 3, calcium, protein, anti-oxidants, phytonutrients, vitamins and minerals."

"I experienced a difference from my first scoop (two tablespoons) of chia seeds.I have been suffering from IBS (irritable bowel syndrome) for several years and with my first intake of chia, my IBS cleared! I have not had a single diarrheic episode since."

Mengikut satu sumber, biji chia yang baik berharga RM120.00 ke kilogram.


Artikel yang dimaksudkan


Artikel ini menyatakan " Chia seeds improve insulin sensitivity and glucose tolerance.The soluble fibre in the seeds helps to stabilise the blood glucose levels.The gel formation creates the barrier between carbohydrates and digestive enzymes that ultimately slows down the conversion of carbohydrates into simple sugar!"

Sesiapa yang ingin mencuba mendapatkan chia seeds ini bolehlah mendapatkannya dari kedai makanan organic dan supermarket/pasaraya.

Consolation Prize from Abbott Nutrition

In 2014, Diabetes Malaysia Terengganu branch had participated in a program called Glucerna Challenge Me with Abbott Nutrition.The program took place in Batu Buruk Beach Resort, Kuala Terengganu for 12 weeks duration. However, the real days were on 23.8.2014, 28.9.2014 and 1.11.2014 with around 50 participants. The program started with registration, health screening (BMI, HbA1c, blood pressure, and blood glucose),breakfast, lectures on diet, exercise; discussion with diabetes educators, and tea break.

Based on this program, those who score high in reducing their HbA1c will be given prizes. Two participants from Terengganu branch won consolation prizes for their successful attempt in reducing their HbA1c for over 12 -week duration.

The two are:

1. Mdm Salbiah binti Zakaria (from 8.3% to 6.7%)
2. Mr Wan Ahmad bin Ismail (from 9.6% to 8.10%)

The consolation prize consists of 2 cans of Glucerna and a pedometer.Other participant who attended 3 rounds of program were given free glucometer by Abbott Nutrition.

Two cans of Glucerna and a pedometer.
The winners will be given their prizes by the committee during the society's annual general meeting in February,2015. Congratulations!

Saturday, January 17, 2015

Seminar Pengurusan Diabetes@Kem Diabetes

Satu seminar pengurusan diabetes (Kem Diabetes) akan diadakan pada 22,23 dan 24 Mei 2015 di Batu Burok Beach Resort, Kuala Terengganu. Berikut ialah aturcaranya.

22 Mei 2015  3.00 ptg Pendaftaran, Saringan Kesihatan  dan ucapan aluan serta taklimat urus setia.
                     6.30-7.30 mlm Makan Malam
                     8.00 mlm   Syarahan 1: Pra Diabetes, Diabetes dan Komplikasi. Bengkel 1.

23 Mei 2015  6.30-7.00  pg Senaman dan sarapan
                    8.30-9.30  pg Syarahan 2: Makanan Sihat dan Diet
                    9.30-9.45 pg Minum pagi
                    9.45-10.45 pg Syarahan 3: Pengiraan Kalori                
                   10.45-11.45 tgh Syarahan 4: Ubat-ubatan
                   11.45-12.45 tgh Syarahan 5: Penjagaan Kaki dan diabetes
                    12.45 ptg    Makan tengah hari
                     2.00-3.00 ptg syarahan 6: Senaman dan diabetes
                     3.00 -4.00 ptg Syarahan 7: Penjagaan Mata
                     4.00-5.00 ptg Syarahan 8: Saraf,sakit tuan dan diabetes
                     5.15-5.30 ptg Minum petang
                    6.30-7.30 mlm Makan Malam
                     8.00-9.00 mlm Bengkel 2: Insulin dan ubat
                     9.15-10.15 mlm Bengkel 3: Diet
                    10.15-11.15 mlm Perbincangan Persediaan Persembahan


24 Mei 2015  6.30 -7.00 pg Senaman
                    7.00-7.30 pg Saringan Kesihatan dan sarapan
                    8.30-10.00 pg Persembahan Berkumpulan 1
                    10.15-11.15 pg Persembahan Berkumpulan 2
                    11.15-1.15 tgh Bengkel 4: penjagaan Kaki
                     1.15         Makan Tengah hari, Penyampaian Hadiah, Ucapan penutup

Kos Penyertaan ialah RM450.00 seorang termasuk pendaftaran, makan dan penginapan 2 malam (twin sharing). Penyertaan tanpa penginapan RM350.00.

Sesiapa yang berminat boleh mendaftar dan membayar kepada Urus setia. Tarikh tutup ialah 1Mac 2015. Tempat terhad. Keutamaan diberi kepada mereka yang mendaftar awal . Urus setia 012-9984443/01110673038 atau email diabetesterengganu@gmail.com

Jangan lepas peluang ini. Penting untuk mereka yang mengidap diabetes dan saudara terdekat mereka.
             
                 

                    

Pengumuman Mesyuarat Agung Tahunan 2015

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan 2015 akan diadakan pada tarikh , masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 14 Februari, 2015
Masa:    9.30 pgi-12.00 tengah hari
Tempat: Hotel Midtown, Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu.


Aktiviti bermula dengan pendaftaran, ceramah diabetes oleh Dr Zaiha, ceramah Pemakanan oleh Hjh Ramlah Ali (pegawai pemakanan) dan penyampaian hadiah kepada dua pemenang Glucerna Challenge Me 2014. Seterusnya barulah diadakan mesyuarat agung.

Semua ahli DM Terengganu dijemput hadir. Minta kerjasama ahli-ahli semua supaya dapat memaklumkan kehadiran atau ketidak hadiran kepada setiausaha sebelum 30 Jan 2015.