Seminar Pencegahan Diabetes Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan pada 23 hb November 2014 bertempat di Dewan Serbaguna Perpustakaan Negeri, Padang Hiliran, Kuala Terengganu. Ianya dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (unit NCD) dengan kerjasama Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu dan Kelab Pendidik Diabetes. Ianya juga diadakan sempena Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2014 yang jatuh pada 14 November setiap tahun.
Tiga pembentang dijemput untuk memberi ceramah. Mereka ialah Dr Suhazeli bin Abdullah , Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Kemaman (Cegah Diabetes, Andalah Penentu), Puan Kartini bt Abd Karim, pegawai dietetik Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu (Pemakanan Sihat Cegah Diabetes) dan Puan Hamidah Mustofa, jurupulih anggota dari Kuala Terengganu Specialist Hospital KT (Hidup yang Aktif, Cegah Diabetes).
Selain itu, terdapat aktiviti di ruang luar seperti pameran kesihatan, pemeriksaan kesihatan, kaunselling kesihatan, pameran penjagaan kaki, pameran makanan sihat, pameran senaman, pameran ubat ubatan yang harus dihindari, penjualan produk diabetes seperti kasut, susu dan peralatan lain.
Seminar yang dihadiri oleh 300 peserta yang terdiri dari jabatan-jabatan dan NGO ini mempunyai objektif memperkasakan masyarakat dalam pencegahan diabetes melalui amalan gaya sihat ke arah hidup yang lebih berkualiti.
Intipati mesej ialah pentingnya mengamalkan makanan sihat seimbang serta mengikut sukatan, bersenam dan aktif fizikal setiap hari, mengelak dari stress, cegah kegemukan, elak merokok, datang ke klinik mendapat saringan kesihatan. Aktiviti seperti ini akan dapat mencegah diabetes. Berikut adalah gambar gambar yang sempat dirakamkan pada hari tersebut.
|
Backdrop |
|
Pengacara Majlis Zuraimee. |
|
Peserta seminar |
|
Kata Aluan oleh Dr Syuhada |
|
Peserta |
|
Pameran di ruang foyer. |
|
Penceramah Hjh Hamidah (tudung hitam) |
|
Khidmat kaunseling oleh para doktor. |
|
Moderator Pembentangan |
|
Pameran dan penjualan Susu Glucerna |
|
Pendaftaran dan urusetia |
|
Pameran dan penjualan kasut |
|
Hadiah untuk peserta kuiz |
|
Peserta |
|
Penjualan Peralatan seperti jarum dsbnya |
|
Stress Pembunuh nombor 1? |
|
Pameran Sajian dan Makanan |
Seminar ini sangat berjaya memberi kesedaran kepada para hadirin kerana di setiap ceramah diadakan lima soalan kepada peserta. Peserta yang berjaya menjawab dengan tepat diberi hadiah. Sebanyak 15 hadiah telah diberi kepada peserta yang telah berjaya menjawab soalan yang diberikan oleh ketiga-tiga penceramah. Ini menunjukkan mereka peka dan sentiasa mengikuti ceramah yang diberikan. Manakala moderator, En Wan Hassan dari Diabetes Malaysia juga telah memberi maklumat dan ingatan agar mereka berwaspada mengenai diabetes dan langkah-langkah pencegahannya.
Jawatankuasa Seminar Pencegahan Diabetes Peringkat Negeri Terengganu ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam penganjuran seminar ini dan peserta-peserta yang datang mendengar ceramah.
Adalah diharapkan acara seperti ini dapat diadakan secara kerap bagi memberi kesedaran kepada masyarakat.
.
No comments:
Post a Comment