Wednesday, July 2, 2014

Lawatan ke Jabatan Dietitik dan Sajian Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu

Pada 1 Julai 2014 yang lalu, saya berkesempatan melawat Jabatan Dietitik dan Sajian, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Jabatan ini mempunyai ramai dietitian dan tukang masak dan mereka bertanggung jawab menyediakan sajian kepada pesakit di wad.

Peranan dietitian tidak ramai yang tahu. Yang orang ramai tahu mungkin chef atau tukang masak. Namun, peranan dietitian sangat penting dan mencabar sekarang kerana masyakarat kita hari ini makan tidak mengikut peraturan yng sebenarnya. Justeru, ramai yang mengidap pelbagai penyakit akibat terlebih makan atau kurang makan. Dietitian melaksana makanan seimbang kepada pesakit termasuk mengira kalori yang bakal diambil. Seperti sedia maklum, pesakit di wad mempunyai pantang larangnya seperti bagi pesakit diabetes, kena kurangkan karbohidrat, kalau pesakit buah pinggang, kena kurangkan protein dan berbagai lagi. Justeru, dietitian akan meneliti semua tempahan dari wad ini dan mengarahkan pasukan tukang masak untuk menyediakan dengan sempurna.

Saya sempat berbual dengan Pengarahnya, Hajah Ramlah Ali mengenai peranan dietitian di hospital. Saya juga mendapat banyak maklumat dan ilmu apabila berbicara dengan dietitian yang berpengalaman ini. Masyarakat Malaysia secara amnya tidak mengenali atau mengetahui tugas sebenarnya dietitian ini. Mereka bekerja di belakang tabir.

Daripada lawatan saya, saya dapati dapurnya sangat bersih, simpanan stok bahan mentah kelihatan kemas dan pekerjanya ceria. Anda jangan silap, saya bukan buat audit terhadap dapurnya.

Saya sempat mendekati seorang pekerja (tukang masak) yang pakar dalam membuat roti. Roti sangat harum baunya, menaikan selera saya yang sedang berpuasa ini. Rotinya juga mempunyai serat yang tinggi dan memang baik dimakan. Selama ini saya hanya mengetahui roti bun memang dibeli dari luar. Kini, ia dibuat sendiri dari dapur sajian.

Roti yang harum baunya....

Doh roti yang telah diuli

Dapur penyediaan sajian. Pelawat kena pakai baju khas dan tutup rambut.

Penyediaan Agar-agar untuk dessert

Pembuat Roti yang sempat ditemubual.


Lawatan ini sungguh bermakna bagi saya yang terlibat dalam  pencegahan diabetes di peringkat pertubuhan bukan kerajaan.

No comments:

Post a Comment