Saturday, July 26, 2014

Bilangan Pesakit Diabetes Meningkat!

Mengikut perangkaan yang dikeluarkan oleh Malaysian Diabetes Registry, Kementerian Kesihatan Malaysia, bilangan pesakit (aktif ) yang rekodkan pada 2013 dan 2014 telah mengalami kenaikan yang mendadak.

NEGERI
JULAI 2013
FEB 2014
PERATUS
JOHOR
90,615
117,363
29.5
KEDAH
41,808
  52,271
25.0
KELANTAN
26,345
  35,556
34.9
MELAKA
35,331
  54,725
54.9
NEGERI SEMBILAN
42,079
  67,950
61.5
PAHANG
38,503
  52,196
35.5
PERAK
67,414
  90,512
34.2
PERLIS
12,714
  16,384
28.8
PULAU PINANG
38,387
  45,852
19.4
SABAH
11,340
  15,643
37.9
SARAWAK
51,327
  70,642
37.6
SELANGOR
93,591
130,148
39.0
TERENGGANU
18,550
  28,292
52.5
WP  KUALA LUMPUR
28,385
  42,287
48.9
WP LABUAN
      717
    1,534
113.9
WP PUTRAJAYA
  2,141
    2,983
39.3
JUMLAH
599,247
824,338
37.5
SUMBER: NATIONAL DIABETES REGISTRY






Monday, July 21, 2014

Bersama Manis FM 102.0

Diabetes Malaysia Cawangan Negeri Terengganu telah mengadakan penerangan mengenai diabetes di Manis FM pada 22 Julai 2014 bermula 10 pagi hingga 11.00 pagi di pejabatnya (studio) Kuala Terengganu.

Hadir di konti Manis FM ialah Hj Wan Md Adnan (Pengerusi), Wan Hassan (Setiausaha) dan Hj Ahamad Ismail (Bendahari). Majlis berjalan lancar dan acara ini dikendalikan oleh DJ Hal.

Di antara perkara yang dihebahkan ialah isu mengenai tanda-tanda atau simptom penyakit diabetes dan faktor risiko. Tanda-tanda termasuklah kerap kencing malam, berat badan yang menurun, luka atau infeksi yang lambat sembuh. Manakala faktor risiko ialah kegemukan, kurang melakukan senaman, darah tinggi, kolesterol darah yang tinggi dan lain-lain.

Bersama DJ Hal.

Berbual dengan DJ

Wall Poster di pejabat Manis FM


Hebahan juga diberikan mengenai senario peningkatan bilangan pesakit yang berlaku di seluruh dunia. Malaysia dan negeri-negeri di dalamnya juga tidak terkecuali di dalam peningkatan ini. Ia juga telah menunjukkan kenaikan bilangan pesakit yang mendadak. Misalnya  Terengganu sahaja, peratusan kenaikan bilangan pesakit diabetes dari tahun 2013 kepada 2014  adalah 52.5%, iaitu satu angka yang menakutkan. Terengganu kini mempunyai 28,300 pesakit yang didaftarkan (active patients). Isu kenaikan peratusan ini hendaklah ditangani dengan baik oleh pihak berwajib.

Hebahan juga dibuat mengenai objektif, misi pertubuhan serta aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan dan belum dilaksanakan seperti health screening, healthy eating seminar, program with schools, kem diabetes dan sambutan hari diabetes sedunia. Visi pertubuhan ialah menjadi peneraju melawan diabetes di Malaysia dengan misi penting iaitu menggalak diabetes care melalui kesedaran, pencegahan, pendidikan dan pengurusan.

Akhir sekali, pesanan pertubuhan ini kepada pendengar. Bila raya nanti, jangan makan terlalu banyak. Amalkan makan seimbang,banyakkan sayur-sayuran hijau,  dan selalu bersenam. Bagi mereka yang sudah mendapat penyakit ini, teruskan mengamalkan makanan sihat dan seimbang (jangan skip waktu makan pagi, tengah hari dan malam), dan sentiasa bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari.

Sesiapa yang ingin menderma kepada pertubuhan ini, boleh menghubungi pertubuhan ini di talian +60111673038 dan mereka akan diberi resit khas yang membolehkan mereka dikecualikan dari cukai pendapatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Wawancara secara bersahaja ini telah memberi peluang kepada pendengar di Terengganu, Kelantan dan Pahang mengetahui sedikit sebanyak mengenai diabetes dan pengurusannya.

Tuesday, July 15, 2014

Pengumuman: Bengkel Sehari Healthy Eating

Diabetes Malaysia Cawangan Negeri Terengganu akan mengadakan bengkel sehari di Pusat Sains dan Inovasi Terengganu, Kuala Terengganu pada 26 Ogos 2014(Selasa) dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Ia bertujuan untuk memberi maklumat mengenai pemakanan dan senaman kepada pesakit diabetes yang gemok atau mereka yang pradiabetes. Ia dikendali oleh pakar pemakanan bertauliah. Sesiapa yang berminat untuk menghadiri boleh menghubungi urusetia di talian 019-9220001/012-9984443 sebelum 30 Julai 2014. Tempat terhad.


Wednesday, July 2, 2014

Lawatan ke Jabatan Dietitik dan Sajian Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu

Pada 1 Julai 2014 yang lalu, saya berkesempatan melawat Jabatan Dietitik dan Sajian, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Jabatan ini mempunyai ramai dietitian dan tukang masak dan mereka bertanggung jawab menyediakan sajian kepada pesakit di wad.

Peranan dietitian tidak ramai yang tahu. Yang orang ramai tahu mungkin chef atau tukang masak. Namun, peranan dietitian sangat penting dan mencabar sekarang kerana masyakarat kita hari ini makan tidak mengikut peraturan yng sebenarnya. Justeru, ramai yang mengidap pelbagai penyakit akibat terlebih makan atau kurang makan. Dietitian melaksana makanan seimbang kepada pesakit termasuk mengira kalori yang bakal diambil. Seperti sedia maklum, pesakit di wad mempunyai pantang larangnya seperti bagi pesakit diabetes, kena kurangkan karbohidrat, kalau pesakit buah pinggang, kena kurangkan protein dan berbagai lagi. Justeru, dietitian akan meneliti semua tempahan dari wad ini dan mengarahkan pasukan tukang masak untuk menyediakan dengan sempurna.

Saya sempat berbual dengan Pengarahnya, Hajah Ramlah Ali mengenai peranan dietitian di hospital. Saya juga mendapat banyak maklumat dan ilmu apabila berbicara dengan dietitian yang berpengalaman ini. Masyarakat Malaysia secara amnya tidak mengenali atau mengetahui tugas sebenarnya dietitian ini. Mereka bekerja di belakang tabir.

Daripada lawatan saya, saya dapati dapurnya sangat bersih, simpanan stok bahan mentah kelihatan kemas dan pekerjanya ceria. Anda jangan silap, saya bukan buat audit terhadap dapurnya.

Saya sempat mendekati seorang pekerja (tukang masak) yang pakar dalam membuat roti. Roti sangat harum baunya, menaikan selera saya yang sedang berpuasa ini. Rotinya juga mempunyai serat yang tinggi dan memang baik dimakan. Selama ini saya hanya mengetahui roti bun memang dibeli dari luar. Kini, ia dibuat sendiri dari dapur sajian.

Roti yang harum baunya....

Doh roti yang telah diuli

Dapur penyediaan sajian. Pelawat kena pakai baju khas dan tutup rambut.

Penyediaan Agar-agar untuk dessert

Pembuat Roti yang sempat ditemubual.


Lawatan ini sungguh bermakna bagi saya yang terlibat dalam  pencegahan diabetes di peringkat pertubuhan bukan kerajaan.