Monday, November 25, 2013

Resepi Pilihan Sempena Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2013

Sempena Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2013, Unit Pemakanan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat Malaysia Terengganu (KEMAS) telah menyediakan demonstrasi masakan untuk dikongsi oleh yang hadir. Ianya bertempat di luang luar perpustakaan Terengganu di Kuala Terengganu pada 24 November 2013 bermula 2.00 petang hingga 4.00 petang.

Resepi yang dipilih ialah Nasi Oat, Ayam Jula Juli, Jus Buahan dan Salad 1 Malaysia. Berikut adalah resepinya. Selamat mencuba.



Ayam Jula Juli

Nasi Oat

Jus Buah Jambu

Salad

Chef-chef

Pegawai Pemakanan (nutrisi) Pejabat Kesihatan memberi taklimat
Sebahagian dari peserta yang hadir 
Program seperti ini hendaklah diperbanyakkan dan dihebahkan kepada masyarakat kita agar makanan kita mempunyai  nutrisi dan kalori yang diperlukan oleh badan kita.

Sunday, November 24, 2013

Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2013 Peringkat Negeri Terengganu

Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2013 peringkat Negeri Terengganu ( Cegah dan Kawal Diabetes: Lindungi Masa Depan Kita) disambut pada 24 November 2013 bertempat di Perpustakaan Negeri, Padang Hiliran, Kuala Terengganu dengan meriah sekali dengan aktiviti padat dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Ianya bertujuan memberi pendedahan dan pendidikan serta kesedaran terhadap komplikasi diabetes kepada masyarakat. Semua wakil pejabat kesihatan daerah dan hospital daerah seluruh negeri hadir. Orang awam dan pesakit diabetes juga dijemput hadir. Kehadiran mereka kali ini amat menggalakkan sehingga dewan utama penuh sesak hingga membanjiri keluar.

Aktiviti pertama dimulakan dengan bengkel interaktif mengenai Penjagaan Kaki oleh Dr Ahmad Tajuddin Abdullah (pakar orthopedic) dan Ketua Jururawat Adibah Idris dari HSNZ. Pelbagai isu mengenai komplikasi kaki akibat diabetes didedahkan. Pesakit dinasihat menjaga kaki dari segi kebersihan, sentiasa bersenam supaya badan berpeluh bagi memberi kulit pesakit tidak kering, memakai sepatu atau kasut yang sesuai (tidak muncong A dan tapak tinggi), sentiasa memakai sepatu atau selipar walaupun dalam rumah agar kaki tidak kesejukan atau terkena benda tajam yang akan mencederakan.

Dr Ahmad Tajudin menerangkan pasal penjagaan kaki

KJ Adibah memberi tip penjagaan kaki
Dr Azlin menasihat pesakit agar makan ubat ikut peraturan
Ianya diikuti oleh oleh taklimat mengenai ubat-ubatan dan cara mengambilnya oleh Dr. Azlin bt Amat. Menurut Dr Azlin, terdapat berbagai jenis ubat untuk pesakit dan yang baik sekali ialah suntikan insulin. tetapi persepsi pesakit tidak begitu gemar suntikan insulin ini.

Bengkel selama sejam ini dirasakan terlalu singkat masanya. Di masa depan, mungkin masanya boleh dipanjangkan.

Sejurus selepas bengkel, diadakan pula forum Diabetes dan Anda. Forum ini juga telah dikhaskan masa selama satu jam juga. Panel forum ialah Dr Balkis Abdul Karim, Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Terengganu dan Datin Dr Zil Falillah Mohd Said (Family Medicine Specialist) dari Klinik Kesihatan Paka. Manakala moderator forum ialah Hj Wan Hassan Wan Ismail, Setiausaha Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu. Forum menyentuh tentang diabetes dan komplikasi serta cara mencegah dan mengawalnya.

Majlis Forum: Diabetes dan Anda

Peserta forum asyik mendengar ucapan ahli panel


Selepas forum berakhir, ada satu lagi aktiviti iaitu pengakuan seorang pesakit diabetes, Puan Rohani binti Hamzah dari Marang yang menceritakan bagaimana dia berjaya membuat sesuatu sehingga kakinya tidak jadi dipotong. Pesanannya kepada pesakit diabetes ialah jaga makan, ikut arahan doktor dalam mengambil ubat.

Majlis Sambutan ini juga dirasmikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri, YB Tuan Hj Zubir Embong. Hadir sama ialah Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Hj Mohd dan Pengerusi Diabetes Malaysia cawangan Terengganu, Hj Wan Md Adnan Wan Ismail.

Majlis Perasmian

Persembahan Dikir Barat "Diabetes"

Sementara itu, di ruang legar perpustakaan, diadakan saringan kesihatan, pameran, penjualan minuman stevia serta kasut diabetes dan buku berkaitan.

Saringan Kesihatan
Pameran Komplikasi Kaki oleh Diabetes Malaysia Terengganu

Penjualan Kasut sesuai untuk pesakit diabetes. 
Kopi dan coklat keluaran Eversweet juga mendapat tempat di kalangan hadirin

Pada petangnya, demonstrasi makanan sihat telah diadakan. Menu yang disediakan oleh chef dari Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) ialah Nasi Oat, Ayam Jula Juli, Jus dan salad 1 Malaysia. Semua yang hadir diberi peluang untuk merasa  makanan yang telah disediakan.

Pengerusi DM Cawangan Terengganu (baju biru) bersama chef-chef setelah selesai majlis demonstrasi
Bahan bahan untuk  membuat Salad 1 Malaysia
Pinggan Sihat
Setiap peserta bengkel diberi "pinggan sihat" special oleh penganjur majlis. Pinggan kaca ini memberi indikasi porsi makanan yang harus disukat dalam pinggan iaitu 1/2 terdiri dari sayur-sayuran, 1/4 karbo (nasi/ubi/roti) dan 1/4 lagi protein (ikan/ayam...).

Sambutan hari Diabetes Sedunia 2013 yang dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dengan kerjasama Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu telah mencapai tujuannya iaitu  memberi kesedaran betapa bahayanya penyakit diabetes kepada pengidap dan orang awam. Komplikasinya teruk sekali dan anggota badan yang terlibat dari hujung rambut (kepala)  hingga ke hujung kaki. Kita berharap di masa depan lebih ramai lagi orang awam akan dijemput untuk menghadiri majlis ini.

Thursday, November 21, 2013

Wawancara Diabetes dengan Radio Terengganu FM

Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu (DM) dan Radio Terengganu FM telah mengadakan wawancara khas mengenai diabetes dan komplikasi pada 21 November 2013 jam 8.30 pg -9.00 pagi di studio RTM Kuala Terengganu sempena Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2013 yang juga disambut seluruh dunia oleh 160 negara.

Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu diwakili oleh Setiausahanya, Hj Wan Hassan Wan Ismail dan Dr Wan Mohd Razin Wan Hassan, pakar perubatan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Wawancara dikendalikan oleh DJ Suhaila. Soalan dari DJ Suhaila adalah menyentuh tentang pertubuhan dan bilangan keahlian Diabetes Malaysia Terengganu, aktiviti dan program serta soalan asas seperti apa itu diabetes, tanda-tanda atau simptom, faktor risiko, bagaimana ia terjadi, apakah komplikasi dan cara-cara mencegah atau menanganinya dan lain-lain lagi.

Banyak yang hendak diperkatakan mengenai diabetes tetapi kekangan masa dalam 30 minit tidak banyak isu yang boleh dikupas. Namun pendedahan 30 minit sudah cukup untuk memberi kesedaran kepada pendengar tentang diabetes dan komplikasinya. Rasanya perlu wawancara seperti ini diperbanyakkan di masa depan bagi mendidik masyarakat mengenai penyakit yang banyak meragut jutaan nyawa di seluruh dunia secara senyap. Kita boleh menyentuh pelbagai aspek komplikasi dan cara menanganinya.

Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu berterima kasih kepada Pengarah Penyiaran Terengganu (termasuk Kak Farah dan DJ Suhaila) di dalam usaha pertubuhan ini untuk mendekatkan diri dengan masyarakat umum dan memberi kesedaran tentang penyakit diabetes yang mana ramai yang tidak mengetahui yang mereka mengidap penyakit berbahaya ini.

Wan Hassan  di studio
DJ Suhaila dan Wan Hassan
Dr Wan Mohd Razin dan Wan Hassan
Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu mempunyai banyak lagi program bersama Terengganu FM bagi memberi maklumat kepada masyarakat dan orang awam dari masa ke semasa. Doakan agar usaha murni ini dapat dilaksanakan dengan baik dan mendapat sambutan luar biasa dari orang awam.

Monday, November 18, 2013

Delegasi DM Terengganu dirai dengan Jamuan Makan Malam

Delegasi Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu telah diraikan dengan jamuan makan malam di Restoran Top Spot oleh Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak. Pengarah Jabatan Penerangan diwakili oleh En Helmi telah menyambut ketibaan kami.

Kami berterima kasih kepada Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia  Sarawak kerana sudi menerima rombongan kami. Tidak lupa juga kami berterima kasih kepada Pengarah Penerangan Malaysia Terengganu kerana membantu kami. Terima kasih daun keladi.





Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2013 di Kuching Sarawak

Hari Diabetes Sedunia 2013 peringkat nasional disambut di Kuching, Sarawak MALAYSIA pada 17 November 2013. Ianya diuruskan oleh Diabetes Malaysia Cawangan Sarawak dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak. Sambutan ini diadakan di KTS Garden Hall, Jalan Datuk Abang Abdul Rahim, Kuching.
Ianya dihadiri lebih dari 500 peserta termasuk Datuk Bandar Kuching dan perasmian dilakukan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Negeri yang mewakili YAB Ketua Menteri Sarawak. Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu telah menghantar 20 ahli-ahlinya ke majlis ini.

Sambutan Hari Diabetes Sedunia ini bertujuan untuk memberi pendidikan dan awareness kepada orang awam mengenai penyakit diabetes yang meragut nyawa jutaan penduduk dunia setiap tahun secara senyap.

Di antara aktiviti yang diadakan pada hari sambutan ini ialah senaman aerobik diikuti oleh jalanan diabetes, saringan kesihatan secara percuma, nasihat pemakanan dan mengambilan ubat-ubatan serta insulin, pemeriksaan mata dan pameran mengenai diabetes.

Sementara, di dalam dewan diadakan diabetes screening secara percuma oleh Jabatan serta pameran diabetes , di laluan masuk dewan, terdapat pula  beberapa gerai menjual barangan atau produk diabetes.

Apa yang penting sambutan Hari Diabetes Sedunia telah memberi pendidikan yang baik kepada masyarakat tentang penyakit ini dan sambutan seperti ini hendaklah disokong oleh semua lapisan masyarakat termasuk media, agensi kerajaan, syarikat swasta dan kerajaan.

Saya merasakan media hendaklah memainkan peranan yang lebih untuk memberi maklumat, kefahaman serta mendorong orang awam ke arah membantu Kerajaan dan Diabetes Malaysia di dalam memerangi penyakit ini. Begitu juga Kerajaan Negeri hendaklah memberi sumbangan kewangan dan sokongan kepada Cawangan Diabetes Malaysia di negeri masing-masing bagi mengadakan aktiviti secara konsisten, memantau pesakit diabetes melalui Jabatan Kesihatan Negeri dan aktiviti yang lain demi menjaga kesihatan rakyat.

Sebahagian dari ahli DM Terengganu yang hadir

Tarian kebudayaan Sarawak semasa acara perasmian

Pengerusi Diabetes Malaysia Dato Prof Dr Ikram (kanan) menyampaikan logo baru kepada Pengerusi DM Cawangan Terengganu, Hj Wan Md Adnan.

Sebahagian Delegasi dari Terengganu

Saringan Kesihatan secara percuma kepada orang awam

KTS Garden Hall

Senaman aerobic oleh peserta. Semua t-shirt diberi percuma (slogan control your diabetes)
Timbalan Menteri Kesihatan Sarawak memberi ucapan perasmian
Pengerusi DM Sarawak, Dr Voon memberi ucapan aluan.
Kad
Saringan Kesihatan
Pendaftaran peserta
Saringan Mata
Panel pameran

Dengan posting ini, saya berharap pembaca dapat sedikit berita tentang sambutan Hari Diabetes SeDunia di peringkat Malaysia yang juga disambut lebih dari 160 negara di seluruh dunia pada 14 November setiap tahun. Adalah menjadi harapan saya, agar mereka yang terlatih dalam bidang ini (samada secara khusus atau am) dan ketua masyakarat  turun padang menemui anggota masyarakat dan menerangkan mengenai diabetes, komplikasinya serta cara cara mengawal, mencegah atau mengurangkan gejala ini dari terus merebak.


Saturday, November 2, 2013

World Diabetes Day Celebration- What is it for ?

World Diabetes Day (WDD) is celebrated every year on November 14. The campaign is led by the International Diabetes Federation (IDF)  and its member associations including Malaysia. It focuses on diabetic advocacy and awareness.

Historically, WDD was created in 1991 by IDF and World Health Organisation (WHO) in response to the growing concern about the rising health threat that diabetes pose to the world.

WDD becomes an official United Nations Day in 2007 with its resolution 61/225.

The day celebrated on November 14, to mark the birthday of Frederick Banting who , along with Charles Best, first conceived the idea which led to the discovery of insulin in 1922.

WDD themes keep on changing. In 2005-Diabetes and Foot Care, 2006-Diabetes in the Disadvantaged and Vulnerable, 2007-2008- Diabetes in Children and Adolescents and 2009-2013- Diabetes Education and Prevention.

With the themes, all associations and others must focus on diabetic education and prevention. Let the public understand what diabetic is all about.

Pose these questions and answered to them. What is Diabetes? What are the signs and symptoms? What are the risk factors? How to overcome or prevent diabetes?

I know many government agencies and other NGOs have done their parts in making these questions answered. But how the public at large responded? How do we effectively communicate with them? How to make them aware and more importantly, take necessary actions to prevent or control diabetes?

Some might say, it is difficult to change their sedentary lifestyle, eating habit, compliance to medication, diet or exercise. I think we all must continually educate the public and make awareness campaign using whatever resources that we have. Big businesses or company must come in and provide necessary contribution (sponsorship, monetary donation for example) or they themselves create diabetic education program and awareness as part of their corporate social responsibility.

In Malaysia alone, it is estimated in 2011 around 2.6 millions of her citizens suffer diabetes. The rate of increase over the years is alarming. Diabetes complications keep on increasing by year with many people get foot ulcer and amputated feet, partial blindness, stroke, damaged kidney, damaged nerves etc.

At the world level,  IDF says half of the people died from diabetes are under the age of 60; many did not know they have diabetes; 4.8 millions died and 471 billion USD spent in diabetes in 2012. That is a big sum of money.

Diabetes had caused not only health threat to the diabetics but also to the government of the day. More money is being spent in educating the public, medications, managing operation theatres in hospitals, managing diabetic patients in hospital wards etc....This has to be reduced. All efforts must be synchronized to diabetes education and prevention of it.

This year, Malaysia will celebrate World Diabetes Day on the 17th of November in Kuching, Sarawak. It is organised by the Diabetes Malaysia Sarawak Branch and the Sarawak State Government. There are exhibitions, exercise, talks etc.  All Diabetes Malaysia members from other branches are invited.

As for Terengganu, Diabetes Malaysia Terengganu branch and Department of  Health (Terengganu) is co-hosting World Diabetes Day Celebration on November 24, 2013 in Kuala Terengganu. It comes with the workshop for the diabetics, public forum, confession of a diabetic patient ; healthy food cooking demonstration, screening of blood glucose, exhibitions and selling of diabetic products like drinks, stevia, diabetic shoes, milk etc.

I just hope with a small contribution like this, it can move the society and public towards more understanding diabetes better, and take active steps to prevent diabetes or even reverse diabetes. We all are in-charge of our health. May Allah Bless You All.

Friday, November 1, 2013

Kempen Kesedaran Penyakit Cara Hidup Sihat

Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu telah menganjurkan kempen kesedaran penyakit cara hidup sihat pada 28 Oktober, 2013 bertempat di Auditorium Pusat Rawatan Harian.

300 peserta dari pelbagai jabatan telah mengikuti ceramah dari jam 9.00 pagi hingga 1.30 tengahari. Ceramah meliputi diabetes dan komplikasi, penyakit  jantung, senaman dan pemakanan. Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu juga dijemput untuk menghadiri ceramah ini.

Penceramah terdiri dari mereka yang bertauliah dan berpengalaman. Dr Zaiha Harun (pakar nefrologi HSNZ0 memberi ceramah bertajuk "Diabetes: Elak Komplikasi"; Dr Zulkifli Mustapa (pakar perubatan jantung HSNZ) pula berceramah bertajuk "Jantungku Terus Berdenyut".

Dr Zaiha menasihatkan pesakit diabetes agar sentiasa mengawal glukosa darah, kawal tekanan darah (normal) dan kawal cholesterol. Manakala Dr Zulkifli menasihati agar menjaga jantung dan cepat-cepat dapatkan rawatan jika ada tanda-tanda seperti sakit dada.

Selain dari dua doktor ini, 2 penceramah lain yang berceramah tentang senaman dan pemakanan.
Puan Ida Kartini Othman (Ketua Jabatan Fisioterapi HSNZ) memberi ceramah tentang pentingnya senaman dan cara-cara bersenaman manakala Puan Hjh Ramlah Ali (Ketua Jabatan Sajian & Dietetik HSNZ) memberi ceramah tentang pemakanan dan strategi mengurangkan berat badan agar sentiasa mencapai berat unggul.

Kesemuanya sangat baik dalam penyampaian dan mempunyai banyak fakta serta nasihat.