Wednesday, October 30, 2013

Pesanan Kepada Pesakit Diabetes

Jika anda pesakit diabetes, sila baca posting ini. Biasanya pesakit diabetes akan menemui doktor dua atau tiga  bulan sekali. Sebelum bertemu doktor, saringan glukosa akan dijalankan. Semasa bertemu doktor, doktor akan meneliti keputusan saringan dan biasanya akan meneruskan memberi ubat-ubatan. Jika glukosa darah tinggi, mungkin diberi dos yang lebih tinggi dan lain-lain. Itulah yang biasa terjadi di hospital masa kini.

Sebagai pesakit, anda hendaklah memastikan anda diperiksa secukupnya bagi mencegah komplikasi akibat diabetes. Komplikasi diabetes ialah mata buta, rosak buah pinggang, serangan jantung, rosak saraf, mati pucuk, kudis kaki dan jika melarat berkemungkinan dipotong (ampute)....Justeru, sebelum tanda-tanda ada pada anda, anda hendaklah mengawal perkara seperti di bawah ini.

  1. Kawal Tahap Gula Dalam Darah : 8 mmol/l (jika berpuasa); 6 mmol/l (jika puasa); <8mmol/l (2 jam lepas makan); dan HbA1c : <7 %.
  2. Pastikan Tekanan Darah Anda Normal: 130/30 mmHg (jika tiada albuminuria); 125/75mmHg (jika ada albuminuria)
  3. Pastikan Cholesterol Rendah: Total   <6 mmol/l; LDL <2.6 mmol/l; Triglycerides (TG) <2.3 mmol/l 
Indikator ini penting anda tahu. Jika doktor tidak beritahu, anda layak untuk bertanya perkara ini kepada doktor dan catit dalam buku nota anda. Jika tiga perkara tersebut di luar kawalan, padahnya akan menimpa anda.

Setiap kali berjumpa doktor, anda hendaklah  memberitahu supaya pihak doktor memeriksa kaki anda dari pelbagai aspek (ada kebas ke, ada merekah ke dan lain-lain lain). Ini penting kerana pesakit diabetes yang lama mengidapi akan mengalami perkara ini jika tidak diteliti. Kementerian Kesihatan Malaysia ada menyediakan garispanduan pemeriksaan kaki pesakit diabetes oleh para medik di hospital kerajaan.

Pastikan anda melakukan pemeriksaan  darah setiap 4-6 bulan untuk pelbagai analisis seperti creatinine, uric acid, cholesterol, albumin, triglycerides dan lain-lain lagi. Keputusan analisis darah ini antara lain dapat memberi petanda terhadap status kesihatan anda.

Jika semua ini dilakukan dan didapat semuanya ok, jangan leka. Anda hendaklah sentiasa mengawal tahap Gula Dalam Darah, pastikan tekanan darah normal dan cholesterol rendah dengan mengawal makanan yang diambil, makan ubat-ubatan diarah oleh doktor, sentiasa melakukan senaman dan elakkan dari stres berpanjangan. Status kesihatan akan berubah dari suatu masa ke suatu masa yang lain sama ada stabil, meningkat atau menurun. Justeru, anda hendaklah sentiasa berusaha agar sentiasa sihat.

Makanlah sayuran hijau mentah seperti salad, timun, ulam-ulam pahit dan kelat; kurangkan makanan bergoreng; makan makanan berserat, elak minum minuman bergula (minum air kosong saja); makan buah-buah mengikut sukatan; jangan makan banyak; makan makanan yang mempunyai "low calorie"; lakukan senaman setiap hari (untuk membakar tenaga dan juga untuk menguruskan badan supaya dapat berat yang unggul); berpuasa (dapat menurunkan glukosa dalam darah, tetapi jangan makan banyak selepas berbuka puasa); jaga kaki supaya tidak luka atau berkudis; dan jaga kesihatan. Jika anda mempunyai satu atau lebih dari tanda-tanda seperti pening, mahu pitam, sesak di dada seperti dihempap atau ditindih dan kurang selesa, sakit gigi kronik,   kudis pada kaki, kebas-kebas, mata kelabu cepat-cepat dapatkan rawatan segera. Jangan melengah-lengahkan rawatan.

Jika ubat-ubatan yang diberikan dan dosnya memberi kesan negatif kepada anda, cepat beritahu doktor berkenaan dan dapatkan rawatan segera.

Ramai pesakit diabetes yang ditemui berpendapat hanya dengan makan ubat-ubatan/ambil insulin, penyakit mereka dapat dikawal atau akan sembuh.  Tetapi mereka lupa untuk mengawal pemakanan dan bersenam. Akhirnya penyakitnya bertambah teruk. Justeru, ambil ubat-ubatan seperti disyorkan doktor, kawal pemakanan anda dan sentiasa bersenam. Insya Allah, penyakit anda akan dapat dikawal. 

INGAT, anda bertanggungjawab atas kesihatan anda.

Thursday, October 10, 2013

Pengumuman Diabetes Camp 2013 (Kem Kesihatan)

Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu akan mengadakan kem khas untuk mereka yang berminat mengetahui tentang kesihatan  khasnya diabetes dan komplikasi, pengurusan kaki, blood glucose, pemakanan sihat untuk pesakit diabetes, senaman yang berguna, pengambilan ubat serta saringan kesihatan.

Ianya terbuka kepada semua rakyat Malaysia dewasa samada pengidap diabetes, mereka yang baru menunjukkan tanda awal diabetes, mereka yang terlibat dalam pengurusan penyakit diabetes dan mereka yang ingin tahu tentang diabetes dan pengurusannya.

Kursus ini akan diadakan pada 5,6 dan 7 Disember 2013 (3 hari 2 malam ) di Hotel Pengakap Teluk Ketapang Kuala Terengganu (dekat dengan lapangan terbang Kuala Terengganu) dengan kos hanya RM200 seorang termasuk makan minum dan penginapan twin sharing. Bagi yang tidak menginap, kos hanya RM100.00 sahaja.

B ialah lokasi hotel (tempat kursus)


Bagi pegawai kerajaan, kursus ini dikira 3 hari berkursus.

Memandangkan Disember adalah cuti sekolah, peserta yang datang dari luar Terengganu, digalak menggunakan peluang ini untuk melancong ke Kuala Terengganu yang terkenal dengan keropok, kain batik, pasar kedai payang dan lain-lain.

Sesiapa yang berminat untuk menghadiri kem ini, bolehlah membuat permohonan kepada urusetia Persatuan Diabetes Terengganu (Ms Adibah 017-3535380) dengan bayaran. Kami menerima tunai, money order, bank draft dan pesanan kerajaan.

Nama Pembekal : Persatuan Diabetes Terengganu
Alamat: JKR 684 Tingkat 1 Blok F Pangsapuri Padang Hiliran 21110 Kuala Terengganu
email:diabetesterengganu@gmail.com
Bank: Hong Kong and Shanghai Bank Kuala Terengganu
Akaun: 332-085422-001

Tarikh tutup permohonan ialah 20hb November, 2013.




Wednesday, October 9, 2013

Keputusan Saringan Glukosa Darah 5 Okt 2013

Seramai 150 orang awam telah mendapat khidmatan saringan glukosa darah dan tekanan darah oleh ahli-ahli Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu yang diadakan pada 5 Oktober 2013 di pasaraya Giant, Padang Hiliran Kuala Terengganu.

Daripada jumlah tersebut, kami telah senarai pendek mereka yang didapati mempunyai >9 mmol/L glukosa dalam darah mereka untuk tindakan selanjutnya.

Berikut adalah perangkaaan yang mungkin anda ingin tahu.


  • 3 orang mempunyai 9.8 mmol/L (umur 32, 42 tahun dan 43 tahun)
  • 3 orang mempunyai 10.3/10.9 mmol/L (umur 57 tahun, 48 tahun dan 71 tahun)
  • 1 orang mempunyai 14.0 mmol/L (umur 39 tahun)
  • 1 orang mempunyai 18.1 mmol/L (umur 70 tahun)
  • 3 orang mempunyai 20.8 mmol/L (umur 57 tahun, 43 tahun dan 70 tahun)
  • 1 orang mempunyai 21.4 mmol/L (umur 37 tahun) dan 
  • 1 orang mempunyai 24.5 mmol/L (umur 35 tahun)
Nampaknya orang muda juga telah menunjukkan tren yang tidak sihat dan perlu dilipatkan usaha bagi memberi kesedaran kepada orang ramai melalui pelbagai kaedah seperti hebahan di radio dan tv, surat khabar, kempen berkala, di pejabat-pejabat dan sekolah, persatuan-persatuan, masjid-masjid, dan lain-lain.

Karnival Kesihatan Oktober 2013 di HSNZ Kuala Terengganu

Karnival Kesihatan  telah diadakan pada 9 Oktober 2013 di perkarangan parkir Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Hampir semua Jabatan di hospital tersebut telah mengambil bahagian. Di antara gerai yang sempat dilawati ialah oftalmologi, bedah mulut, pergigian, kecemasan/trauma, neurosugeri, sakit puan, dietitik, farmasi, pusat resos diabetes dan pesakit luar.

Banyak phamplets disediakan oleh setiap Jabatan untuk orang awam bawa pulang. Pusat Resos Diabetes (DRC), HSNZ misalnya telah mengadakan saringan kesihatan termasuk saringan glukosa darah kepada para pengunjung. Jabatan Dietitian mempamerkan jenis jenis makan dan kandungan gula dan memasak makanan mengguna resepi makanan sihat. Jabatan Pergigian memberi perkhidmatan dengan memeriksa gigi pengunjung, Jabatan Sakit Puan menunjukkan masalah sakit puan seperti kejatuhan rahim,  dan lain-lain lagi.

Karnival ini sangat informatif dan orang awam yang peka sahaja yang mengambil kesempatan mendapat maklumat dari aktiviti ini.

Sister Adibah dari Jabatan Pesakit Luar sedang menerangkan sesuatu kepada pengunjung.

Staf Pusat Resos Diabetes sedang membuat saringan glukosa darah kepada pengunjung.

Penerangan kepada pengunjung.

Saringan kesihatan. Ramai sedang beratur menunggu giliran.

Kandungan gula dalam makanan 

Jabatan Dietitik dan Sajian membuat demonstrasi makan sihat- kerabu, jemput-jemput berserat tinggi....

Sunday, October 6, 2013

Diabetic Foot Ulcer- Case 1 Wound Healing

I like to share a story of a diabetic who had foot ulcer. He is a 66 year old gentleman and has diabetes for the past 22 years.....On 26 September 2013, I accidentally met him at Foot and Wound  Care Centre, HSNZ , KT.

His right foot suffered a lot and one of his toes fell off while being cleaned by the nurse. He complaints the pain on his foot.




An orthopedic surgeon happened to be around and examined  him and made a strong recommendation that he  (patient) be warded for immediate treatment.  The Centre managed to send him to the ward.

Today, I met him again by chance. After 10 days, his wound is getting better. By the way, he lost 3 toes during the operation. He is lucky, if not whole right foot will be amputated.

During our conversation,  he said the lost toes are source of pain. Now the pain is diminishing slowly. This means, his wound is healing progressively.



The lessons learnt from this experience:

  • never delay going to the clinic/hospital to get treatment, if you have foot ulcer.
  • always check your feet for any blister, cut or wound.
  • always control your diet and calorie intake if you are diabetics.
  • always do some form of exercise every day.
  • always take the medicine according to doctor's directive.
Note: All pictures taken with the permission of the patient for case study or learning purposes.

Saturday, October 5, 2013

Saringan Glukosa Darah ke Empat 2013

Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu telah mengadakan saringan glukosa darah untuk kali keempat pada tahun ini. Kali ini ianya diadakan untuk orang awam di Hypermarket Giant, Padang Hiliran Kuala Terengganu pada 5 Oktober, 2013 bermula 9.15 pagi hingga 12.00 tengahari.

Pada mulanya kami bercadang untuk memulakan khidmat ini pada jam 10.00 pagi tetapi memandangkan pada jam 9.00 pagi sudah ramai orang ramai yang  berminat dan menunggu mengelilingi  kaunter, maka kami mulakan khidmat saringan bermula jam 9.15 pagi.

Pihak Hypermarket menyediakan ruang khas dekat dengan laluan masuk ke pasaraya  serta disediakan meja dan kerusi untuk kami.

Dalam masa 2 jam 45 minit itu, seramai 150 orang awam berbagai kaum, berbagai kumpulan umur telah mendapat khidmat saringan glukosa darah secara percuma.

Sekurang-kurangnya kami telah mendapati 12 orang awam yang perlu disahkan oleh para doktor kerana bacaan glucometer adalah melebihi 14 mmol/L. Yang paling tinggi ialah 24 mmol/L. Pihak kami telah menasihatkan mereka untuk berjumpa doktor dengan seberapa segera. Ada juga kami dapati mempunyai tekanan darah yang tinggi dan mereka juga dinasihatkan berjumpa doktor dengan segera.







Di antara AJK yang terlibat dengan saringan




Pihak Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu ( DM T) berterima kasih di atas kerja sama yang diberikan oleh Hypermarket Giant di dalam aktiviti ini dan juga berterima kasih kepada AJK DM T ( Puan Faridahani, Puan Adibah, Puan Azalawati, Puan Roslina, Hj Ahamad, Hj Mohd Ali, En Ahmad Zailani dan lain-lain lagi) yang telah menjalankan kerja dengan baik sekali.

DM T akan mengadakan lagi aktiviti saringan ini dalam masa terdekat bagi memberi kesedaran atau  "awareness" mengenai penyakit diabetes kepada masyarakat awam. Bersama kita mencegah penyakit ini.