Saturday, June 8, 2013

Bagaimanakah Saya Mengawal Diabetes?

Berikut adalah article mengenainya:

Diabetes bermakna glukosa atau gula dalam darah terlalu tinggi. Badan anda menggunakan glukosa untuk tenaga. Tetapi terlalu banyak glukosa dalam darah boleh memudaratkan anda.

Apabila anda mengawal diabetes anda, anda akan merasa lebih sihat. Anda akan mengurangkan risiko masalah berkaitan dengan buah pinggang, mata, saraf, kaki dan gigi. Anda juga akan mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Anda boleh mengawalnya dengan

A) Sentiasa aktif secara fizikal

       Ada empat jenis aktiviti yang boleh membantu:
  • lebih aktif setiap hari (contoh:basuh kereta, kerja kebun, bersih rumah, turun naik tangga, bermain dengan kanak-kanak, berlegar semasa bertalifon, letak jauh kenderaan kedai dan berjalan ke sana, berjalan setiap lorong apabila di pasar, naik tangga ganti naik  lift, dll);
  • buat senamrobik (30 minit sehari 5 kali seminggu, berjalan cepat, hiking, naik tangga, berenang, kayuh basikal, main bola jaring/tampar/keranjang, skating, tenis, larian dll);
  • buat latihan kekuatan (senaman angkat berat 3 kali seminggu untuk bina otot-otot );
  • regangan (menambah kelenturan anda) 
B) Mengikuti pelan pemakan sihat dan

C) Mengambil ubat yang ditetapkan oleh doktor

Sumber article: Berita Kontrol Jan-Dec 2011 keluaran PDM, muka surat 13)

No comments:

Post a Comment