Thursday, August 4, 2016

Diabetic Foot

Pesakit diabetes yang tidak mengwal gula dalam darahnya dengan baik, biasanya akan mengalami masalah kudis kaki (ulcer). Ia disebabkan saraf halus dari paha ke kaki rosak (peripheral neuropathy dan vascularpathy). Jika tidak dirawat segera, ia boleh menjadi lebih teruk dan terpaksa dipotong/amputasi. Inilah yang ditakuti oleh semua penghidap diabetes.

Faktor risiko dalam perkara diabetic foot ini termasuklah sejarah amputasi,sejarah kudis kaki terdahulu, mempunyai kaki yang tidak normal (deformed), berpenyakit peripheral vascular, masalah saraf kaki seperti kebas-kebas, kawalan glukosa darah yang tidak baik dan rabun mata. Sesiapa yang mempunyai satu atau lebih daripada yang dicatit ini mempunyai risiko mendapat diabetic foot termasuk kudis tekanan di kaki.

Bagaimana untuk menghalang atau mengelak?  Pesakit hendaklah sentiasa memeriksaan keadaan kakinya. Dapatkan pemeriksaan di hospital/klinik sekurang kurang setahun sekali. Jika doktor terlupa, beritahu dia.

Semua pesakit hendaklah  melihat kakinya di cermin setiap hari bagi meneliti jika ada benda asing, luka atau bengkak, atau bernanah; memakai kasut yang selesa bagi mengelak kaki mendapat kudis, luka atau ketuat kaki; pastikan tiada benda tajam terlekat di kaki dan jari kaki; guna kasut yang sesuai walaupun dalam rumah.Di samping itu, pesakit mesti mengwal gula dalam darah di paras yang normal.

Jika pesakit sudah mendapat luka kaki, ketuat kaki atau benda asing terlekat pada kaki dan jarinya, cepat-cepat ke klinik untuk mendapat rawatan segera bagi mengelak komplikasi.

Memahami Diabetes@Kem Diabetes

Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu akan mengadakan kursus Memahami Diabetes@Kem Diabetes pada 1-2 Oktober 2016 di Scout Inn Resort, Kuala Terengganu.

Kursus ini akan mendedahkan peserta kepada mengapa diabetes terjadi dan jika dibiarkan tanpa rawatan apakah komplikasinya; memberi peluang kepada peserta bertemu dan berinteraksi dengan pakar-pakar seperti pakar mata, pakar buah pinggang, pakar pemakanan, ahli farmasi, pakar endocrine, ahli fisoterapi, pakar tulang dan kaki. Kursus ini juga memberi peluang kepada peserta untuk saringan kesihatan dan perawatan luka kaki sebab diabetes.

Tempat adalah terhad. Kursus ini terbuka kepada orang awam (termasuk pesakit atau mereka yang pra diabetes) yang ingin mempelajari cara mengurus diabetes. Tarikh tutup penyertaan 30 Ogos 2016. Bayaran RM250/seorang termasuk saringan kesihatan, satu malam penginapan dan makan-minum sepanjang kursus. Yang berminat sila hubungi urus setia 012-9984443.


The 7th Annual Diabetes Conference 2016

Diabetes Malaysia had conducted a national conference with a theme of towards better diabetes care on 29-31 July 2016  at Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur with a broad range topics to manage diabetes among Malaysians. More than 300 delegates attended including delegates from other countries.

The 3-day conference discusses topics like the new Diabetes Clinical Practice Guideline, diabetes in primary care, rise in diabetes prevalence, complications, medication, approaches to manage diabetes, challenges to a good management and new advances in diabetes.

The conference is also advocating a few debates such as "genes only play a small role", "carbohyrate counting is superior to calorie counting" and " sulfonylureas should not be used in obese patients".

Apart from these topics, managing diabetes in elderly and how to empower people with diabetes were given proper attention in the slot meet the experts.

To those involve in the management of diabetes in Malaysia,  understanding and application the new CPG on the Management of Type 2 Diabetes Mellitus 5th edition (Malaysian CPG)  is a must.

Sunday, July 17, 2016

Jamuan Hari Raya 2016

Sempena Hari Raya AidilFitri 2016, DMCT telah menganjurkan satu majlis bersama ahli jawatankuasa dan keluarga serta beberapa jemputan istimewa pada 16 Julai 2016 jam 10-12 tengah hari di pejabat DMCT Padang Hiliran Kuala Terengganu.

Majlis dianggap meriah bukan kerana juadah yang disajikan tetapi kehadiran anak dan cucu AJK memeriahkan lagi majlis ini. Lebih dari 50 orang hadir di majlis ini. Majlis agak ringkas kerana ianya diadakan dua jam sahaja.

Menu utama ialah Nasi Minyak Ayam dan gulai daging. Manakala juadah lain dibawa oleh setiap AJK. Ini termasuklah roti jala, agar agar prune, ketupat daun palas, rendang, tapai pulut, kek lapis sarawak, pelbagai biskut raya, buah limau sunkist dan tembikai, Air minuman ialah air mineral, kopi, air limau dan sasi.

Di samping menikmati pelbagai juadah, majlis diseri dengan hawa telinga lagu lagu hari raya bagi memberi mood raya. Tidak ketinggalan, kanak-kanak diberi duit raya.

Acara seperti ini jelas telah mengeratkan lagi hubungan antara AJK dan tetamu.

Inilah kali pertama, persatuan mengadakan jamuan seperti ini dan di tahun depan, insyaAllah acara ini akan dilaksanakan.

Persatuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang sanggup melapangkan masa dan membawa juadah untuk dikongsi bersama. Tidak lupa kepada Dato Ismail Said (mantan MP Kemaman) yang sudi menaja Nasi Minyak. Terima kasih daun keladi.

Disertakan gambar yang sempat diambil pada jamuan hari itu.



Sajian
Air Minuman
Roti Jala
Di antara yang hadir termasuk kanak-kanak.
Puan Ramlah, Asyurahmah, Dr Zaiha dan Dr Nurulhuda
Hafiz, Wan Md Adnan, Asyurahmah, Adebah, Faridahani, Wan Lale, Ramlah dan Roslina.
Antara tetamu yang hadir.


AJK yang sempat bergambar: Duduk dari Kiri: Asyurahmah, Wan Hassan, Wan Md Adnan, Ramlah, Faridahani dan Adebah. Berdiri dari kiri: Roslina, Wan Laleyati, Ahamad, Mohd Hamdan.  tidak berada dalam gambar ialahPuan Zaimah, Fatimah, Dr Zaiha, dan Zulnaidah.






Wednesday, April 20, 2016

Komplikasi Diabetes kepada Kaki

Kudung kaki adalah satu perkara yang ditakuti oleh penghidap diabetes. Kudung kaki akan dilakukan apabila kaki pesakit sudah "mati sarafnya"  yang mana oksigen dan pemakanan tidak boleh sampai di merata anggota kerana telah berlaku kerosakan saraf halus di bahagian kaki tersebut. Apabila saraf halus sudah rosak, kawasan yang rosak tidak akan mendapat oksigen dan makanannya, justeru kawasan yang terlibat akan menjadi hitam kehitaman. Lama kelamaan, ia tidak berfungsi lagi dan doktor pakar akan mempertimbangkan memotong bahagian yang sudah mati itu.

Amputasi tidak dapat dielakkan bagi menyelamatkan pesakit. Ini berlaku apabila kuman dan yang lain-lain telah merebak ke bahagian lain. Bagi menyekat perebakan itu ke bahagian lain, bahagian yang terlibat teruk disyor diamputasi.

Amputasi ialah sebahagian daripada tindakan yang dikenakan kepada pesakit yang telah mengalami komplikasi diabetes (neuropathy).

Amputasi kaki biasanya dikategorikan kepada tiga jenis iaitu:

  1. AKA- Above Knee Amputation (amputasi atas pada lutut)
  2. BKA- Below Knee Amputation (amputasi bawah pada lutut)
  3. RAY- Amputation of the Toe (amputasi pada jari kaki)
Biasanya AKA dan BKA yang sangat ditakuti oleh pesakit kerana pesakit akan kehilangan kaki dan cacat. Biasanya, pesakit akan dikenakan memakai kaki palsu yang ditempah khas. 

Manakala RAY pula terhad kepada jari-jari kaki yang telah rosak yang mana perjalanan darah ke situ sudah mati, Jika keadaan masih parah dan merebak ke atas, maka amputasi jenis BKA dan AKA dipertimbangkan.

Satu lagi keadaaan yang parah juga akibat komplikasi diabetes kepada kaki ialah Diabetes Foot Ulcer (DFU). Ia juga dipanggil kudis tekanan. Kudis tekanan ini jika tidak ditangani dengan baik dan cekap, ia akan mengakibatkan kesakitan dan kerosakan kepada jari-jari itu sendiri dan akhirkan jari tersebut akan diamputasi, Jika ia merebak ke atas, kuman juga telah merebak ke organ lain, amputasi dua jenis itu (AKA atau DKA) akan digunakan. 

Kudis tekanan ini juga bermusim. Bagi pesakit yang tidak menjaganya dengan baik, kudis ini akan timbul atau muncul semula.

Sejak tahun 2007 hingga 2013, Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu telah membuat amputasi AKA sebanyak 72 kes,  BKA 217 kes dan RAY 336 kes. Manakala rawatan Diabetic Foot Ulcer sebanyak 3,584 kes. Data yang diperolehi dari Diabetic Foot and Wound Care and  Foo Care (DFWCC) HSNZ, 2014 telah menunjukkan kes Diabetic Foot Ulcer sangat tinggi, purata 512 kes setahun.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Tahun       2007         2008     2009   2010      2011       2012       2013  JUMLAH
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
AKA            16             10           8         8           12           8            10        72
BKA            58             24         24       35           26          27           22       217
RAY           100            38         38       50           44          35           31       336
DFU           510          485       596      537        582         278        596     3584
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
Sumber: Wound Care and Foot Care Centre, HSNZ, 2014.

Bagi pesakit yang mendapat masalah saraf pada kaki, selalu selalu lah buat pemeriksaan kaki di Pusat Rawatan Kaki. Minta doktor anda merujuk kepada pusat rawatan kaki secara berkala di samping rujukan kepada klinik-klinik yang lain.
      

Saturday, April 16, 2016

DMCT menerima Sijil Penghargaan

Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu (DMCT) telah menerima Sijil Penghargaan kerana aktif di dalam menjalankan aktiviti termasuk bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu di dalam menjayakan Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2016 pada 14 April 2016 yang lalu.

Sijil itu disampaikan oleh YB Dato Hj Muhammad Pehimi bin Yusof, EXCO Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri kepada Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu semasa pelancaran Hari Kesihatan Sedunia Peringkat Negeri Terengganu pada 14 April 2016 di Dewan Bahagian Teknologi Pendidikan Terengganu, Marang. Turut hadir ialah Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, kepimpinan daerah Marang, jabatan jabatan kerajaan, wakil dari klinik kesihatan dan hospital seluruh Terengganu dan beberapa sekolah dari daerah Marang.

Di luar dewan, DMCT mengadakan pameran aktiviti DMCT seperti menjalankan pemeriksaan kesihatan di pasaraya dan kampung, mengadakan kem diabetes bagi orang awam, menjalankan ceramah dan kursus kepada jabatan kerajaan yang berminat, menerbitkan buku diabetes dan sebagainya.

DMCT juga berharap pihak berkuasa negeri dapat bekerjasama dengan persatuan bagi memberi pendidikan berterusan kepada masyarakat bagi mengelak penyakit diabetes ini dari menular tanpa sekatan dan batasan.

Berikut beberapa gambar yang sempat dirakamkan.

Lawatan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri ke pameran.

Buku Memahami Diabetes dipamerkan untuk pengetahuan awam.
Aktiviti DMCT

DMCT menerima sijil penghargaan
YB Dato Muhammad Pehimi membelek buku Memahami Diabetes, manakala Pengarah Kesihatan Negeri  juga berbuat demikian. Manakala Pegawai Daerah Marang (kanan) memperhatikan.


Pihak DMCT mengucap ribuan terima kasih kepada pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu  kerana menganugerahkan sijil penghargaan ini kepada DMCT, satu-satunya NGO yang aktif bergerak memerangi diabetes di negeri Terengganu.

Thursday, April 14, 2016

Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2016 Peringkat Negeri Terengganu

Sambutan Hari Kesihatan Sedunia 2016 Peringkat Negeri Terengganu telah disambut pada 14 April 2016 di Dewan Teknologi Pendidikan, Marang Terengganu. Ianya dirasmikan oleh EXCO Kerajaan Negeri Terengganu, YB Dato Haji Muhammad Pehimi bin Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Terengganu. Majlis bermula dari jam 8.30 pagi hinggalah 1.00 tengah hari.

Lebih dari 500 peserta hadir untuk bersama menyambut hari kesihatan ini. Ianya dimulakan dengan ceramah pemakanan sihat, pencegahan diabetes dan perang terhadap tibi. Ceramah ini disampaikan oleh dietitian, endokrinologis dan pegawai perubatan. Selepas itu barulah ucapan aluan dari Pengarah Kesihatan Negeri Terenggau, Dr Hj Mohamad bin Omar dan diikuti oleh YB Dato Hj Muhammad Pehimi Yusof dan seterusnya merasmikan majlis sambutan hari kesihatan sedunia.

Di dalam ucapan Pengarah, dikatakan perangkaan terkini mendapati pesakit diabetes sudah meningkat kepada 17.5% daripada penduduk Malaysia yang berusia > 30 tahun.

Di dalam masa yang sama, di luar dewan terdapat berbagai kiosk pameran seperti ubatan-ubatan, pencegahan diabetes, pemakanan sihat, derma organ, pendidikan pergigian, gaya hidup aktif (guna peralatan senaman) serta pertandingan masakan sihat. Saringan kesihatan juga diadakan dan ianya dijalankan oleh kumpulan sukarelawan dari kampung yang telah diberi latihan.

Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu juga telah mempamerkan aktiviti persatuan di kiosk pameran dan membuat promosi buku Memahami Diabetes-Panduan Mengurus Diabetes, Tip dan Kehidupan Yang Lebih Sihat karangan Wan Hassan Wan Ismail dari DMCT.

DMCT telah menerima sijil penghargaan daripada YB Dato Hj Muhammad Pehimi kerana menjayakan Sambutan ini. Juga dimaklumkan hanya satu NGO sahaja iaitu Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu kali ini yang diberi penghormatan oleh pihak penganjur (Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Marang) untuk turut sama dalam majlis ini.

Kami berterima kasih kepada Bahagian NCD Jabatan Kesihatan Negeri di bawah kelolaan Dr Fatimah bt Muda kerana memberi kepercayaan kepada DMCT.

Semasa rombongan VIP melawat kiosk pameran DMCT, buku Memahami Diabetes telah mendapat perhatian. YB Dato Hj Muhammad Pehimi  membeleknya dan bertanya soalan samada ianya telah disemak oleh para doktor. Pengarangnya  telah menjawab bahawa manuskripnya telah disemak oleh para doktor, dietitian, pakar mata, pakar buah pinggang, pegawai farmasi dan lain-lain.  Selepas itu, YB Dato terus membuat promosi agar buku ini dibaca oleh masyarakat awam.

Berikut disertakan gambar gamabr yang sempat dirakamkan:


Pentas Majlis Sambutan
Dr Fatimah Muda (NCD Director)  diapit oleh rakan-rakannya.

Bahan pameran

Kiosk pameran

Pertandingan Masakan Sihat

Rempah ratus disedia dalam Pertandingan Memasak

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri diberi penerangan

Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu mendapat penghargaan daripada YB EXCO Kesihatan Negeri
Buku Memahami Diabetes dipamer kepada orang awam.

YB Dato Hj Pehimi membelek buku Memahami Diabetes



Majlis ini juga dirakam oleh jurukamera Radio Television Malaysia
Pemeriksaan kaki mengguna mesin biothesiometer