Pemakluman Mesyuarat Agung Tahunan 2021
Berikut adalah pemakluman Mesyuarat Agung Tahunan DMCT 2021 yang dikeluarkan oleh Setiausaha pada 10 Oktober 2021.
NOTIS MESYUARAT AGUNG DIABETES MALAYSIA CAWANGAN NEGERI TERENGGANU
2. Dengan segala hormatnya bahawa dimaklumkan Diabetes Malaysia Cawangan Negeri Terengganu (DMCNT) akan mengadakan Mesyuarat Agung Diabetes Malaysia Cawangan Negeri Terengganu pada :
Tarikh: 30 hb Oktober 2021 (Sabtu)
Masa: 2.30-4.30 petang
Tempat: kediaman sendiri atau hadir sendiri di Rumah Persatuan Kenu (Kayak), Kuala Ibai, Kuala Terengganu.
Platform: Google meet
3. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:
a) Perutusan Pengerusi
b) Pengesahan minit mesyuarat
c) Laporan Setiausaha
d) Laporan Bendahari
e) Perkara berbangkit
f) Hal hal lain
g) Pelantikan AJK baru sesi 2021/2023
h) Penutup
4. Sehubungan itu. semua ahli Diabetes Malaysia Cawangan Negeri Terengganu dijemput untuk menghadiri mesyuarat.
Segala sokongan, perhatian dan kerjasama tuan/puan amatlah dihargai dan didahulukan dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
NURUL HIDAYAH BINTI OTHMAN
Setiausaha
s.k. Pengerusi