Pada 14.2.2015, Diabetes Malaysia Cawangan Terengganu telah mengadakan 2 ceramah yang disampaikan oleh dua pakar dan juga AJK DM Terengganu sempena Mesyuarat Agung Tahun 2015. Ia bertujuan untuk memberi dan berkongsi ilmu dan pengetahuan dengan para hadirin yang terdiri dari ahli persatuan Diabetes Malaysia Terengganu..
Ianya diadakan di Hotel YT Midtown, Jalan Tok Lam,Kuala Terengganu dengan dihadiri oleh 70 ahli-ahli, bermula dari 9.30 pagi-10.45 pagi
Syarahan 1 bertajuk Cegah Diabetes disampaikan oleh Dr Zaiha bt Harun, pakar perubatan am dan buah pinggang yang juga merupakan Timbalan Pengerusi.
Syarahan 2 bertajuk Diet untuk Diabetes disampaikan oleh Puan Ramlah bt Ali, pakar pemakanan yang juga AJK DM Terengganu.
Pesanan Dr Zaiha, ahli-ahli hendaklah sentiasa peka kepada simptom diabetes, komplikasi dan berusaha untuk mengawal glukosa darah, tekanan darat dan kolestrol.
Manakala Puan Ramlah pula memberi pesanan agar ahli-ahli berwaspada terhadap masa makan, jumlah karbohirat yang diambil, banyak makan serat seperti buah-buahan dan sayuran.
Majlis diselangi dengan kuiz dari pensyarah kepada ahli-ahli. Mereka yang dapat menjawab soalan dengan tepat diberi hadiah.
Berikut adalah gambar di majlis perkongsian ilmu kesihatan ini.
|
Pengacara Majlis, Wan Hassan merangkap Setiausaha Persatuan |
|
Syarahan 1 oleh Dr Zaiha Harun |
|
Syarahan 2 oleh Puan Ramlah |
|
Para hadirin sedang mendengar syarahan. |